in ,

Azean Irdawaty Menjalani Pembedahan Buang Tumor Selaput Otak

[dropcap]S[/dropcap]eniwati, Azean Irdawaty Yusoef, 63, yang menjalani pembedahan membuang tumor pada selaput otaknya sejak jam 8 pagi tadi masih berada di bilik pembedahan. Menurut doktor, komplikasi-komplikasi lain memberikan risiko satu hingga lima peratus.

Anak sulungnya, Benjy atau nama sebenar, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 35, berkata doktor belum memaklumkan sebarang perkembangan, namun memaklumkan ibunya meminta semua ahli keluarga tidak memberi sebarang kenyataan kepada media buat masa ini.

“Mama masih di dalam bilik bedah. Semalam dia berpesan kepada saya dan adik-adik supaya menunggu dia sedar dulu daripada pembedahan. Jangan beri apa-apa komen kepada media.”

Azean dimasukkan ke Hospital Sg Buloh, Isnin lalu berikutan keadaannya yang semakin lemah disebabkan serangan sel tumor dan sepatutnya dibedah empat hari selepas ditahan di wad tetapi ia ditunda ke hari ini.

Jom sama-sama kita doakan semoga Azean Irdawaty kembali pulih seperti sediakala. Amin.

Sumber: Berita Harian

Azean Irdawaty

Gambar semasa beliau sihat. Budiey temui beliau semasa menghadiri majlis anjuran Berita Harian.

azean

Gambar terbaru Azean Irdawaty

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Ilya Nafi Bakal Kahwin Tahun Ini

Eksklusif Gambar Sekitar Meet & Greet AMAzing With Amar Asyraf