[dropcap]S[/dropcap]eperti air yang dicincang takkan putus, kita semua dalam dunia ini bersaudara. Tidak kira ribut badai yang melanda, hubungan perlu dieratkan. Yang keruh sama-sama kita jernihkan. Tambah lagi semasa demam kempen pilihanraya ni. (eh?) Seperti mana semalam, pelakon Nora Danish meluangkan masa untuk melawat dan menjenguk baby pertama Fasha Sandha & Jejai.
Seronok sebenarnya melihat hubungan baik kedua-dua selebriti ini, Nora Danish dan Fasha Sandha. Syukur Alhamdulilah. Ini yang kita nak tengok sebenarnya. Semua maklum, Fasha Sandha kini sedang dalam berpantang. Jadi, Nora pun tak ketinggalan meluangkan masa melawat Fasha dan anaknya yang diberi nama, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram. Comel betul baby Fasha & Jejai ni. Putih melepak you!
Awal malam tadi, Nora menerusi laman Instagramnya berkongsi sekeping gambar dia bersama anak lelaki kesayanganya Rayqal, menziarahi dua beranak itu. Rayqal pun seronok dapat adik baru, ya, nama pun lebih kurang sama. Memang cun!
Nora menulis, mengucapkan tahniah kepada Fasha dan Jejai atas kelahiran cahaya mata mereka dan memuji kecomelan Rayfal.
Kredit foto : Instagram Nora Danish