[dropcap]F[/dropcap]ilem yang dinantikan oleh ramai peminat filem aksi, The Wolverine lakonan bakal Hugh Jackman ditayangkan di pawagam mulai 25 Julai 2013. Filem arahan James Mangold adalah filem ke-enam dalam siri filem X-Men dan juga merupakan sekuel kepada filem X-Men Origins: Filem aksi Sci Fi adventure ini turut dilakonkan oleh Will Yun Lee, Tao Okamoto.
The Wolverine digarap berdasarkan pada Komik Wolverine: Limited Series Volume 1 1982. (by Chris Claremont & Frank Miller). Musuh Wolverine kali ini adalah Silver Samurai dimana Logan (Hugh Jackman) menjalani sepak terajangnyer sambil makan sushi di Jepun. Dalam filem ini, Logan bukan lagi sebagai X-Men. Perang sudah habis.
[pullquote align=”right”]The Wolverine lakonan bakal Hugh Jackman ditayangkan di pawagam mulai 25 Julai 2013[/pullquote]
The Wolverine mengangkat cerita perjalanan Wolverine ke negeri Nippon untuk berlatih bersama seorang Samurai. Perjalanan yang dilakukannya tidak mudah, banyak hambatan dan pertarungan serta penggunaann teknik-teknik pengambilan gambar peringkat tinggi. Jackman, 44, gigih melakukan aktiviti fizikal untuk mempersiapkan dirinya membawa watak adiwira dalam The Wolverine.
Dalam The Wolverine, Jackman diberikan watak sebagai manusia luar biasa yang panas baran seperti pernah dipaparkan dalam beberapa siri The X-Men. Sumber berkata, untuk memastikan bentuk fizikalnya memenuhi kehendak penerbit, Jackman mendapatkan bantuan daripada Dwayne Johnson yang lebh dikenali sebagai, The Rock.
“Jackman dinasihat mengambil makanan enam kali sehari dan menaikkan berat badan setengah kilogram seminggu selama enam bulan,” katanya.
Untuk mencapai matlamat itu, Jackman perlu mengambil 6,000 kalori sehari dengan membanyakkan memakan ayam, daging dan beras perang. Melalui The Wolverine, penonton dibawa mengikuti pengembaraan watak utama ia itu, Logan, ke Nippon dan menyertai watak misteri dari masa silamnya menentang musuh.
[dropcap]S[/dropcap]elain berlatih dengan samurai, Logan terpaksa menghadapi Yakuza, menteri yang korup dan melihat tunangnya jatuh ke tangan musuh. Dilaporkan menelan belanja lebih RM300 juta, pengarah James Mangold memutuskan untuk memulakan cerita dalam pelem, mengikut plot terakhir X-Men: The Last Stand.
Ada sesuatu yang pembaca perlu tahu dengan filem The Wolverine.
- Filem ini menampilkan watak-watak jahat seperti Shingen Yashida, Silver Samurai, Viper.
- Wolverine tidak lagi disebut sebagai mutasi atau mutant.
- Berlatar belakangkan gaya hidup moden sebagai pejuang Samurai tanpa memandang ke belakang
- Wolverine dilihat agak rapuh dan senang untuk dijatuhkan dalam filem ini. Beberapa toksin telah ditemui dipercayai dapat menhilangkan kekuatan beliau malah dapat memusnahkan Woverine.
- Ada beberapa sebab mengapa Wolverine terpaksa ke Jepun dan sebab itu dilihat berbeza dengan cerita komik asal.
- Scene pergaduhan Brutal Bear dilihat lebih baik dari komik dan begitu juga dengan Canadian Hunters yang tidak dilangkau seperti komik.
- Yang pelik, ada beberapa pergaduhan Ninja tanpa gaya akrobatik.
Ini adalah gambar rasmi yang pertama dari filem tersebut.