in

Pertandingan Faber-Castell Menyerlahkan Kreativiti Kanak-Kanak

[dropcap]A[/dropcap]da yang mengatakan bahawa kanak-kanak dapat melihat dunia sebagaimana yang sepatutnya. Ini direalisasikan apabila 100 orang kanak-kanak diberi peluang untuk menggunakan pelbagai jenis warna dalam Pertandingan Mewarna Faber-Castell Colour GRIP baru-baru ini.

Lukisan ceria menarik perhatian semua orang di Empire Shopping Gallery di Subang Jaya ketika para peserta cilik mewarnai lukisan bertemakan kehidupan dalam air dengan pelet warna yang pelbagai.

FC2 - Double Happiness for the Luai Brothers

Pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Faber-Castell Colour GRIP tersebut terdiri daripada dua katergori. Ia dibuka kepada dua kumpulan kanak-kanak – 7 hingga 9 tahun dan 10 hingga 12 tahun – di mana setiap kumpulan dianggotai oleh 50 peserta.

Bakat seni Tan Kim Chun, 9 tahun, dan Luai Jia Seng, 12 tahun, semakin terserlah apabila mereka diumumkan sebagai juara bagi kategori masing-masing. Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu memenangi pakej percutian ke Hong Kong untuk dua dewasa dan seorang kanak-kanak yang bernilai RM12,000 setiap satu.

Tan Kim Chun merupakan seorang yang pemalu dan pendiam yang berasal dari Kepong. Beliau tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila diumumkan sebagai pemenang bagi Kategori A (7-9 tahun). Hobi melukis yang dimilikinya memberi ganjaran percutian bersama keluarga yang beliau tidak sabar-sabar mahu nikmati.

Sementara itu, ia adalah kegembiraan berganda bagi keluarga Luai yang datang jauh dari Johor Bahru untuk pertandingan mewarna itu. Jia Seng, 12 tahun muncul sebagai juara bagi Kategori B (10-12 tahun) manakala adiknya Jia Hao, 9 tahun, berjaya memenangi sebuah iPad apabila meraih tempat ketiga dalam pertandingan kumpulan Kategori A.

Bakat seni Jia Seng mula dicungkil sejak usia muda lagi dan beliau telah menyertai banyak pertandingan mewarna sejak berumur 6 tahun! Bagaimanapun, ini adalah kali pertama si cilik ini meraih gelaran juara!

“Saya suka melukis dan biasanya saya menggunakan krayon dan pensel warna. Saya berasa amat gembira kerana berjaya memenangi hadiah hebat yang dapat dikongsi bersama keluarga, lebih-lebih lagi saya begitu gementar apabila menunggu keputusan diumumkan,” kata Jia Seng yang tersenyum girang.

Acara ini merupakan peringkat akhir bagi Pertandingan Mewarna Faber-Castell Colour GRIP yang dianjurkan di seluruh negara sebelum ini, di mana para peserta dikehendaki menghantar karya seni mereka bersama borang pertandingan yang lengkap dan kod bar produk bagi pensel warna Faber-Castell Colour GRIP edisi pertandingan.

50 lukisan terbaik dipilih daripada penyertaan yang diterima dan para peserta yang terpilih itu diminta menghadiri dan menyertai pertandingan mewarna tersebut, di mana kanak-kanak dan ibu bapa gembira kerana dapat membawa pulang hadiah-hadiah hebat.

Selain hadiah utama iaitu pakej percutian ke Hong Kong, hadiah-hadiah lain yang ditawarkan termasuk sebuah TV LCD 50”, Mac Book Air, iPad, basikal, raket badminton dan juga barangan Faber-Castell.

Pertandingan mewarna ini adalah salah satu tarikan jerayawara yang diadakan selama dua hari di Empire Shopping Gallery dan turut dijalankan adalah aktiviti-akitiviti seperti arca belon kreatif dan gerai karikatur.

“Faber-Castell berhasrat untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak dan juga golongan dewasa bagi menyerlahkan kreativiti dan menyatakan diri mereka dengan menggunakan warna dan seni. Aktiviti jerayawara yang merangkumi pertandingan mewarna ini, meraikan kebebasan bersuara di samping memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan penghargaan kepada para pengguna yang gemarkan peralatan dan warna-warna kami,” kata Pengurus Jualan Kebangsaan Faber-Castell Malaysia, Encik. Ivan Hor yang menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang cilik itu.

FC4 - Members of the public at the caricature booth

FC1 - LtoR_Ivan Hor, Tan Kim Chun, Luai Jia Seng & Lydia Looi

FC3 - Particpants colouring their underwater themed drawings

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular 2012

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012