TV9 kembali dengan acara padang dalam usaha mendekati masyarakat desa yang mencerminkan jalinan mesra kemasyarakatan dalam Apa Khabar Orang Kampung (AKOK). Bagi merealisasikan misi ini, Apa Khabar Orang Kampung meneruskan destinasinya di Kampung Tengah, Gemencih, Negeri Sembilan setelah menjelajah ke Perkampungan Orang Asli, Bukit Bankung, Sungai Pelek, Sepang dan Kampung Tanjung Chenak Pasir Mas Kelantan.
Acara padang Apa Khabar Orang Kampung merupakan acara tahunan yang telah memasuki tahun kedua dan akan membawa TV9 ke beberapa lagi buah negeri di Semenanjung Malaysia seperti Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, dan Terengganu.
Pelbagai aktiviti menarik yang telah diatur khas buat penduduk kampung bagi memeriahkan lagi kunjungan TV9 di kampung ini serta orang ramai yang berkunjung ke destinasi kedua ini.
Tarikh/ Hari : 11 April, 2009 / Sabtu
Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Kampung Tengah, Gemencih, Negeri Sembilan
Turut hadir untuk memeriahkan acara pada acara Apa Khabar Orang Kampung adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Y.B. Senator Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhd Taib.