in

Siapa Pemenang Artis Baru Popular ABPBH2012

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012) di Stadium Putra di sini, esok bakal mencatat sejarah sebagai acara paling gah dianjurkan dalam sejarah 26 tahun anugerah berprestij ini termasuk rekaan set pentas terbesar yang menepati tema ‘Ledakan Geometri’.

Sepanjang acara anugerah ini, konsep kejutan dan ledakan boleh disaksikan penonton melalui kesan penataan cahaya, lampu LED dan audio pada set pentas utama yang berukuran 111 kaki x 80 kaki persegi itu.

[dropcap]K[/dropcap]ategori yang menjadi idaman pendatang baru industri hiburan iaitu Artis Baru Lelaki/Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) penting sebagai tapak mengembangkan kerjaya. Ini terbukti dengan kejayaan individuyang pernah menggenggam trofi itu. Populariti mereka terus bersinar sehingga membuka mata ramai pemain industri yang mahu bekerjasama.

KLIK VIDEO: Menjelang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 

Biarpun baru setahun jagung menceburi dunia penuh glamor ini, setidak-tidaknya nama mereka terpahat dalam lipatan sejarah penganjuran ABPBH bersama barisan penyumbang besar dalam dunia hiburan.

Kategori Artis Baru Popular mula diperkenalkan pada penganjuran ke11 ABPBH edisi 1997/1998. Ia diperkenalkan bagi menyuntik semangat generasi baru sebagai pelapis yang akan meneruskan legasi industri hiburan tempatan. Trofi pertama bagi kategori ini digenggam Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang ketika itu aktif sebagai pelakon. Siapa sangka dengan gelaran itu, Idham kini aktif sebagai pengarah dan penerbit filem.

[pullquote align=”right”]Bermula tahun itu juga sehingga ABPBH 2001, kategori itu mula dikenali sebagai Artis Baru Popular yang tidak menetapkan pemenang sama ada artis lelaki atau wanita.[/pullquote]

Bagi ABPBH 2012 edisi ke-26, 10 senarai artis baru yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam kerjaya baik dalam bidang lakonan, nyanyian, komedi atau penyampai televisyen dan radio sepanjang tahun lalu kini berdebar-debar. Apa yang pasti, bukan trofi atau wang tunai yang diidamkan tetapi gelaran Artis Baru Popular bakal menjadi penentu kelangsungan kerjaya mereka.

Apakah antara lima calon bagi kategori wanita yang mana empat calon mewakili bidang lakonan iaitu Emma Maembong, Hanez Suraya, Nad Zainal dan Wawa Zainal mampu mengetepikan Ainan Tasneem yang mewakili bidang nyanyian?

Jika kita perhatikan, populariti Ainan Tasneem dengan lagunya Aku Suka Dia menerusi YouTube sudah mencatat 4.5 juta tontonan. Lagu itu juga pernah berada dalam Top 5 carta anjuran beberapa stesen radio dan media baru.

ABP

Begitupun, kita tidak boleh mengetepikan populariti pelakon yang bersinar menerusi lakonannya dalam drama rantaian Kau Yang Terindah di TV3 iaitu Emma Maembong. Lebih lagi pelakon berusia 20 tahun ini cukup dikenali pelbagai peringkat usia. Ia dibuktikan apabila gadis berkulit cerah ini mengikuti siri promosi Jelajah ABPBH 2012 bermula di Sungai Petani, Kuantan dan Johor Bahru. Impak daripada siri jelajah itu, Emma memiliki gelombang peminat yang cukup ramai. Pada usia kerjayanya yang hanya setahun jagung, Emma sentiasa diikuti kelab peminat iaitu EmmaVengers di semua lokasi jelajah yang diikuti.

Bagi Hanez Suraya pula, selain namanya timbul selepas bercinta dengan penyanyi Awi Rafael, Hanez melonjak kerana lakonan seksinya sebagai Sofea dalam drama rantaian, Dalam Hati Ada Taman yang disiarkan Astro. Hanez berganding dengan pelakon Indonesia, Randy Pangalila dalam drama itu. Selain itu, kerjaya lakonannya terus bertali arus dengan drama 3 Janji dan Suri di TV3.

Gadis bertubuh kecil, Nad Zainal turus menjadi buruan produser drama apabila bakat lakonan yang dimiliki tidak setanding dengan fizikalnya. Kata orang kecil-kecil
cili api. Ternyata gadis comel ini berjaya menambat hati pengundi kerana bakat lakonannya serta berjaya mengelak daripada sebarang gosip negatif.

Ramai juga meramalkan Wawa Zainal bakal menggenggam trofi yang pernah disandang Tasha Shilla tahun lalu. Wawa yang memulakan kerjaya lakonannya menerusi drama Klik di Astro kini dilihat semakin kerap muncul di layar perak. Wawa memiliki kekuatan tersendiri apabila mendapat kepercayaan beberapa pihak untuk menghiasi papan iklan sebagai duta produk.

Kini wajah Wawa boleh dilihat di mana-mana sehingga tidak sukar untuk meyakinkan pengundi memilihnya sebagai penerima baru trofi ini.

Bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular, sukar meramalkan siapa antara Aiman Hakim Ridza, Izzue Islam, Jimmy Palikat, Shah Iskandar dan Taiyudin Bakar akan menjadi pemenang.

Berdasarkan latar belakang pemenang sebelum ini, kategori ini dimonopoli bakat dari bidang nyanyian seperti Shahir, Black, Dafi, Faizal, Mawi dan Vince. Mungkinkah antara mereka, Jimmy Palikat yang menyandarkan lagu popularitinya Aku Anak Kampung mampu mengembalikan penguasaan penyanyi selepas trofi itu dirampas pelakon Johan As’ari tahun lalu?

Atau mungkinkah Aiman Hakim dan Izzue Islam yang memiliki kelebihan apabila mempertaruhkan bakat mereka dalam dua bidang iaitu nyanyian dan lakonan? Ternyata Aiman antara yang berpotensi kerana kelebihannya dalam bidang lakonan apabila drama Vanilla Coklat menjadi antara drama yang mencatat rating tertinggi di TV3.

Begitu juga dengan anggota kumpulan Forteen, Izzue yang dilihat lebih cenderung dalam bidang lakonan, malah baru dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan pada Festival Filem Malaysia ke25 menerusi filem 29 Februari, barubaru ini.

Jangan kita menidakkan pula bakat yang lahir dari Singapura iaitu Shah Iskandar yang semakin hari namanya diingati peminat kerana bakat lakonannya. Fenomena drama Nora Elena dan Atas Nama Cinta yang disiarkan TV3 secara tidak langsung memperakui kehadiran Shah dalam dunia hiburan tempatan. Ditambah dengan wajah yang tampan, Shah tidak mustahil mampu mengulangi populariti rakan senegaranya, Aaron Aziz dan Adi Putra.

Satu-satunya calon yang mewakili bidang komedi, Taiyudin Bakar tidak terkecuali mampu meraih undian yang tinggi. Jika dilihat, artis komedi pernah merangkul anugerah tertinggi dalam ABPBH sebagai Artis Paling Popular iaitu Saiful Apek (ABPBH 2003) dan Nabil Ahmad (ABPBH 2008) Siapa tahu, rezeki berpihak kepada Taiyudin untuk merangkul trofi berprestij ini.

Pemenang L

2011
Johan As’ari
Tasha Shilla

2010
Shahir
Ana Raffali

2009
Black
Yuna

2008
Nabil Ahmad
Stacy

2007
Dafi
Mila

2006
Faizal Ramly
Farawahida

2005
Mawi
Farah Diana Anuar

2004
Vince
Jaclyn Victor

2003
Hazami
Misha Omar

2002
Ako Mustapha
Elyana

2001
Maya Karin

2000
Intan Sarafina

1998/99
Juliana Banos

1997/98
Ahmad Idham

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karen Mok Somewhere I Belong Promo Tour

Ramalan Pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2012