in , ,

Gambar Nur Fazura di Malam Gala AIFFA 2013

Seminggu sudah berlangsung, namun kenangan AIFFA masih terpahat. Melihat pada penampilan dan fesyen selebriti di AIFFA, Budiey boleh letakkan fesyen yang digayakan oleh pelakon Nur Fazura di Malam Gala AIFFA 2013 yang lalu adalah yang paling cantik dan menepati tema pada malam itu.

Dengan menggunakan corak fabrik etnik tradisional Sarawak dengan menggabungkan elemen moden hasil idea Fazura sendiri ditambah dengan kreativiti pereka fesyen Rizman Ruzaini, busana ala kebaya moden ini nampak sangat anggun. Tapi bak kata kawan Budiey, Fazura ni pakai apa pun akan jadi cantik sebab tuan empunya badan dah sedia cantik molek.

Fazura setuju jika AIFFA ini diadakan setiap tahun di Malaysia. Fazura juga gembira dan bangga dengan kemenangan empat trofi di AIFFA 2013.

Dalam kesibukan di Malam Gala AIFFA 2013, Budiey sempat juga menemubual Fazura yang khabarnya akan berlakon filem di bawah arahan Bernard Chauly iaitu filem Manisnya Cinta. Drama Kisah Cinta lakonan Fazura juga disiarkan di kaca TV3 mulai 9 April ini.

Apa pendapat korang tentang busana yang dipakai oleh Fazura ni? Komen sikit di ruangan komen ya.

Fazura

 

Fazura

Fazura

Nur Fazura mengenakan busana dari @rizmanruzaini di #AIFFA2013

Nur Fazura di Karpet merah #AIFFA2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Benji Ganti Remy Ishak Dalam Teater M.Butterfly

Review The Grand Dorsett Subang