…kembali dengan isu-isu yang lebih sensasi, mantap serta mencabar minda dan jiwa..
“Saya percaya media berupaya menjadi penghubung antara masyarakat dan budaya. Namun, kita harus memberi ruang kepada orang ramai untuk bersuara untuk kebaikan mereka. Namun, sekiranya anda tidak mempedulikan suara-suara ini, maka ia menjadi lebih mudah untuk membuat mereka merasa dipinggirkan,” kata seorang wartawan penyiasat – Amy Goodman.
Dikemudi oleh penyampai yang penampilannya di kaca TV sering diraikan, digeruni dan berpengalaman iaitu Wan Kamarudin, Saluran Ceria Anda amat berbangga untuk memaklumkan mengenai musim baru rancangan siaran hal ehwal dan semasa terbaik di ntv7 – Talian Hayat, mulai 6 April, bersambung pada setiap Isnin dari jam 7.30 malam – 8.00 malam.
Talian Hayat Musim 2 berazam untuk membongkar dan menyorot isu yang lebih sensasi dan mencabar minda dan jiwa. Program berbentuk majalah ini terbahagi kepada 8 episod yang turut dimantapkan lagi dengan isi kandungan visual padat, menyentuh hati dan disunting hebat – semuanya bersatu bagi mempersembahkan gambaran yang tepat kepada penonton.
Berbekalkan pengalaman luas selama 10 tahun, Wan Kamarudin merupakan seorang yang berkaliber dan tidak pernah gagal untuk mendapatkan skup berita yang hebat – dia memiliki minda yang tajam serta motivasi diri yang tinggi untuk terus membongkar walaupun fakta telah diputar-belit dan semua pintu yang membawanya ke punca masalah tertutup rapi. Pastinya, Talian Hayat merupakan rancangan yang memperdengarkan suara rakyat dengan memaparkan pandangan mereka yang berkuasa, yang diraikan sehingga ke akar umbi, yang ditindas dan dipinggirkan.
Pada episod pertama, Wan Kamarudin menjelajah ke Kuala Sepetang demi mendekati masalah penduduk dan membangkitkan setiap isu yang didapati masih gagal diselesaikan, khususnya isu paling asas – bekalan air bersih. Lebih menyedihkan, Kuala Sepetang berpotensi hebat untuk tampil sebagai lokasi pelancongan, bagaimanapun ia seolah-olah menjadi pekan ‘cowboy’ kerana dibiarkan tanpa sokongan bantuan. Daripada aktiviti perikanan yang berskala besar hinggalah kedai makan tepi jalan – mee udang, sehingga kini terkenal seluruh utara, semuanya berpotensi untuk dimajukan lagi.
Apa yang lebih menarik, Wan Kamarudin turun padang ke lokasi bagi mengumpul informasi, menjalankan analisis yang menyeluruh, mendapatkan testimoni daripada pelbagai parti bagi memastikan laporannya adalah adil, saksama dan beretika.
Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul berkata, “Setelah meneliti kajian terhadap penerimaan penonton pada musim pertama, kami mendapati sebagai rakyat, penonton arif ntv7 sememangnya memberi keutamaan kepada program hal ehwal semasa dan oleh itu, kami amat komited bagi meneruskan misi saluran untuk memaparkan program wartawan penyiasatan yang berhubung rapat dengan kehidupan rakyat.”
Tambahnya, “Wan Kamarudin telah banyak mengetuai gerakan untuk memperjuangkan hak masyarakat dan kami sememangnya teruja dengan kemunculannya sebagai pengacara Talian Hayat Musim 2.
Untuk menghantar SMS ke program Talian Hayat, penonton hanya perlu taip TH<ruang>Nama>ruang>IC>ruang>Mesej dan hantar kepada 33399 atau DAIL hotline Talian Hayat di 017 4758 121. “
Antara pendedahannya dalam Talian Hayat Musim 2 termasuklah ‘Melintas di landasan keretapi’, ‘Pencemaran Sungai Marang akibat pencerobohan aktiviti melombong emas’, ‘Dakwaan penderaan kanak-kanak di tadika’, ‘Keluhan rakyat di perkampungan Ulu Tembeling Taman Negara’ dan banyak lagi.
Jadi, jangan lupa temu janji anda bersama ntv7, pada setiap Isnin, 7.30 malam – 8.00 malam mulai 6 April 2009! Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini atau untuk menyaksikan siaran ulangan di Catch-Up TV, layarilah laman web kami di www.ntv7.com.my