PENYERTAAN BAGI PERTANDINGAN PENULISAN EBOOK MAXIS KINI DISEDIAKAN KEPADA ORANG RAMAI UNTUK MUAT TURUN
Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa penyertaan untuk pertandingan ebook yang dilancarkan pada bulan lalu dengan kerjasama platform digital tempatan, Xentral Methods Sdn Bhd (e-Sentral), kini disediakan untuk pratonton dan muat turun percuma kepada orang ramai melalui perkhidmatan Maxis ebook di http://ebuuk.com.my dan laman web e-Sentral di http://esentral.com.my hingga 25 April 2013
[pullquote align=”right”]Maxis bekerjasama dengan sebuah platform digital tempatan, untuk menganjurkan pertandingan penulisan ’ebook’ yang pertama di Malaysia[/pullquote]
Lima pengarang ebook yang mempunyai jumlah muat turun yang paling tinggi akan dipilih sebagai pemenang, dan akan menerima sebuah iPad. Di samping itu, penulis untuk buku yang mempunyai muat turun tertinggi akan menerima Rundingan Editorial dan Penerbitan Profesional mengenai bagaimana untuk menerbitkan dan mengkomersilkan kerja mereka melalui platform digital.
[dropcap]P[/dropcap]ada bulan Februari, Maxis dan e-Sentral melancarkan pertandingan ebook yang pertama di Malaysia yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dengan tujuan mencari para penulis generasi akan datang Malaysia dengan menyediakan platform alternatif bagi mereka untuk menyerlahkan kerja mereka dan juga membantu mereka mencapai golongan pembaca yang lebih luas. Penulis telah diberi peluang untuk mengemukakan ebook fiksyen pendek mereka sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia (satu pengarang bagi setiap penyerahan) dari 1 Februari hingga 15 Mac 2013 ke laman rasmi Facebook Pertandingan Ebook di www.facebook.com/EbookCompetition.
[pullquote]Penyertaan kini disediakan untuk pratonton dan muat turun percuma melalui perkhidmatan Maxis ebook dan e-Sentral hingga 25 April 2013[/pullquote]
T Kugan, Ketua Produk, Peranti, Inovasi, dan Perantauan Maxis, berkata, “Kami amat teruja bahawa pertandingan ini telah menerima respons positif daripada orang ramai, terutamanya dari penulis-penulis muda yang berumur 25 tahun ke bawah, yang merupakan majoriti penyertaan. Kami juga gembira melihat mereka menggunakan teknologi sebagai satu medium untuk melepaskan kreativiti mereka dan berkongsi hasil kerja masing-masing. Kami menggalakkan orang ramai untuk mula memuat turun kerja mereka dan mengundi untuk cerita-cerita kegemaran mereka.
“Maxis telah menjadi peneraju dalam membawa inovasi ke pasaran dengan terus membina ekosistem data (data-friendly ecosystem) untuk menyediakan pelanggan pengalaman digital yang kaya melalui pelbagai kandungan digital. Melalui pertandingan ini, kami mengukuhkan lagi proposisi ini dengan memberi pelanggan akses kepada kandungan yang inovatif dan eksklusif yang hanya boleh didapati melalui perkhidmatan ebook kami,” tambah Kugan.
Penulis Michele Chia Yuen Yee, 22, dari Petaling Jaya, berkata,
“Sejak saya muda lagi, saya sentiasa mahu menjadi seorang novelis / penulis. Saya masih berusaha dalam merealisasikan mimpi itu dan menulis beberapa novel, dengan harapan bahawa satu hari nanti saya boleh menjadi Meg Cabot atau Sophie Kinsella Malaysia, yang merupakan pengarang buku idola saya. Cita-cita saya adalah untuk membuat pembaca merasakan perasaan yang sama seperti apa yang saya alami apabila membaca salah satu daripada buku penulis idola saya – di bawa ke alam yang ajaib, dan melupakan dunia di sekeliling saya.”
[pullquote] Ebook yang mempunyai jumlah muat turun paling tinggi akan dipilih sebagai salah satu daripada lima pemenang[/pullquote]
Seorang lagi penulis, Jay Anil Singh Shemar, 18, dari Rawang, Selangor, berkata “Inspirasi saya untuk menulis adalah minat saya untuk menulis cerita yang biasanya tidak meninggalkan bilik darjah. Melalui pertandingan ini, saya berharap dapat diberi peluang untuk diiktiraf sebagai penulis yang berpotensi. Mungkin juga ditawarkan satu perjanjian penerbitan!”
Walaupun penulis-penulis ini teruja dengan prospek memenangi pertandingan, sesetengah daripada mereka telah menggunakan pertandingan ini sebagai satu peluang untuk menunjukkan kemahiran mereka sebagai penulis untuk jangka masa yang lebih panjang.
Apabila ditanya mengenai harapan beliau untuk pertandingan ini, Ezzah Fatin Jemain, 21, dari Skudai, Johor berkata,
“Saya berharap ia akan menjadi galakan dan motivasi untuk diri saya bahawa dunia penulis tiada ada batasnya. Memenangi pertandingan ini pastinya satu bonus, tetapi jika saya tidak menang, tidak bermakna saya harus berhenti!”
Kata Adlina Amiruddin, 29, dari Shah Alam, Selangor:
“Ia memang hebat jika saya dapat menang tetapi pada ketika ini, saya agak gembira dapat mencari tempat untuk mempamerkan tulisan saya kepada khalayak yang lebih luas selain daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan saya. Saya juga berharap untuk menulis untuk medium yang berbeza seperti TV dan filem.”
Sementara itu, Muhammad Iqbal Ibrahim, 20, dari Pulau Pangkor berkata,
“Kemenangan bukanlah perkara pertama yang saya harap dari pertandingan ini. Andai kata saya tidak menang juga saya boleh terima. Saya cuma berharap karya saya ini dibaca oleh pembaca diluar sana. Itu yang mengembirakan saya. Bila tamat sahaja pertandingan ini kelak, saya berharap juga ada yang setia untuk membaca karya saya seterusnya.”
Tahun lalu, Maxis melancarkan perkhidmatan buku digital bersepadu yang pertama di Malaysia, atau ’ebook’, yang boleh digunakan di pelbagai peranti. Dengan perkhidmatan tersebut, pelanggan Maxis mempunyai akses kepada lebih 300,000 ebook tempatan dan antarabangsa dari lebih 40 kategori. Maxis ebooks mempunyai antara muka (interface) yang mesra pengguna dan berfungsi melalui kedai buku digital berasaskan-awan, di mana pelanggan boleh memuat turun buku secara percuma ke iPad atau tablet Android pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka ingini. Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan ini, Maxis juga ingin memupuk pertumbuhan buku dan kandungan tempatan dengan bekerjasama dengan penerbit, penulis dan institusi pendidikan tempatan untuk mengembangkan jumlah kandungan tempatan dalam perpustakaan digital. Setakat ini, Maxis telah bekerjasama dengan Cempaka Schools untuk mengedarkan kandungan pembelajaran yang terdiri daripada penerbitan dan bahan-bahan rujukan oleh guru-gurunya melalui Maxis ebooks, dan membolehkan pelajar untuk mengakses kandungan digital tersebut.
Maklumat lanjut mengenai Maxis ebooks boleh didapati di www.ebuuk.com.my dan aplikasi boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play dan Apple App Store.
Mengenai Maxis Berhad
Maxis Berhad adalah peneraju dalam penyediaan perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan kira-kira 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan – melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis merupakan syarikat pertama yang mengkomersilkan perkhidmatan mudah alih 3G di Malaysia dan memiliki rangkaian mudah alih terluas dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 81% di seluruh negara.
Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlangdan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk tersenarai sebagai syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2010 dan Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan 20 anugerah untuk kecemerlangan pusat hubungan di Anugerah Kecemerlangan CCAM ke-13. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan ‘Impak Positif’, memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.