Ternyata ramai sekali personaliti TV3 dan juga artis telah mengikuti program Kembara TV3. Kembara ke Bandar Jengka, Pahang satu pengalaman yang sukar dilupakan oleh semua personaliti. Jam 9 pagi, bersarapan di Sri Pentas dan mereka bertolak jam 10 pagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Fauzi. Serta rombongan telah dilepaskan oleh Dato’ Amrin Awaluddin & Pn. Rozalila Abd Rahim. Lokasi pertama Stadium Nadi Kota, Bandar Jengka, Pahang.
Sempat singgah seketika makan tengahari di Genting Sepah. Jam 12.30 tengahari ada LIVE phone untuk Wanita Hari Ini. Tepat jam 2.30 petang, rombongan selamat sampai di Stadium Nadi Kota, Bandar Jengka, Pahang.
Disambut dengan meriah oleh Konvoi Vespa, persembahan Gendang Pahang & Silat oleh penduduk setempat dan persembahan oleh Pelajar UiTM Jengka. Memang happening giler!
Yang seronoknya selepas majlis perasmian, ada perlawanan bola Jaguh Kampung di mana pemain kena pakai sarong. Juga ada perlawanan bola jaring serta telematch. Treasure hunt pun ada gak.
Mula-mula, kita tengok gambar personaliti TV3 dan artis rombongan Kembara TV3 berganding bertemu dengan pasukan netball Maran.
Ok last ones…gambar telematch main tarik upih, kaki gajah (lari/ jalan atas tempurung kelapa), tangkap ayam kampung sebab Maran ialah Bandar Ayam Kampung 🙂
Que Haidar tengah tangkap ayam