Bahang Grand Prix Formula One sudah pun tamat dan bahang serta kenangannya masih melekat di minda peminat sampai sekarang. Rata-rata peminat Formula One telah dilanda demam seawal Formula One edisi yang ke-15 ini mendapat perhatian dan sambutan yang hebat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
[dropcap]B[/dropcap]aru-baru ini, Budiey telah singgah di Showcase PETRONAS Malaysia Grand Prix di Concourse, Suria KLCC untuk melihat kereta lumba dan membeli merchendise kat sana.
Di Facebook Rasmi PETRONAS Motorsports juga ada banyak informasi dan peraduan untuk anda sertai. Hadiah-hadiah juga menarik.
Paling Budiey tunggu-tunggu, sempena dengan Formula One ini juga, Konsert Twin Towers @Live 2013 telah pun diadakan di Plaza KLCC pada 22 dan 23 Mac yang lalu dengan menampilkan barisan penghibur dan artis antarabangsa seperti Backstreet Boys, Demi Lovato, artis Korea dan tempatan yang gempak. Tidak kurang juga di kaca TV, kita boleh tengok iklan dan promo tentang F1 juga turut ditayangkan.
Haaa… itulah demam perlumbaan 2013 Formula 1™ PETRONAS Malaysia Grand Prix.
Perlumbaan PETRONAS F1 Malaysia Grand Prix 2013 telah berlangsung pada 22 hingga 24 Mac 2013 di Litar Antarabangsa Sepang yang lalu! Jadi Budiey juga tak lepaskan peluang untuk dapatkan tiket bagi menyaksikan sukan termahsyur ini.
Sempena dengan perlumbaan kali ini, PETRONAS telah mengadakan macam-macam aktiviti bagi tujuan promosi dari 16 hingga 24 Mac 2013 lalu.
Budiey bukanlah peminat tegar sukan permotoran. Namun, sebagai anak Malaysia Budiey harus menyokong acara sukan terbesar ini. Tambahan pula sukan Formula One ini diadakan di Malaysia. Siapa tak bangga, hidung siapa tak kembang bila nama negara sendiri disebut di serata dunia? Tak gitu?
Bagi Budiey perlumbaan di litar ini seperti juga dengan hidup kita. Kita adalah pelumba dalam hidup kita. Garisan penamat adalah matlamat hidup kita. Sepanjang perlumbaan pastinya, kita akan bergesel, kita akan jatuh, kita akan luka dan mungkin kita akan terbabas dan tergelincir di litar yang licin. Untuk capai matlamat, kita cuba sedaya upaya untuk sampai ke garisan penamat.
Pada hari Ahad yang lalu (17 Mac 2013), Budiey dan beberapa orang penulis blog telah dijemput untuk menyaksikan PETRONAS Motorsports Demo Run 2013 yang diadakan di depan KLCC, berhampiran Plaza KLCC.
Demo run ini adalah bertujuan untuk memberikan pengalaman di jalanraya untuk motor dan kereta lumba yang sukar dilupakan bagi penggemar sukan permotoran. Ianya disertai oleh bintang-bintang sukan handalan negara kita dan melibatkan nama-nama baru yang berpotensi besar bagi mengharumkan nama negara di masa hadapan. Antara nama yang Budiey boleh sebut kat sini ialah Afiq Ikhwan Yazid dan Nabil Jeffri. Persembahan demo mereka not bad sebenarnya.
Walaupun hujan turun renyai-renyai, penonton yang hadir tak sikit pun berganjak dari tempat mereka berdiri. Budiey tengok jalan becak dan basah. Memang agak bahaya dan mencabar jugak la bagi pemandu.
Seawal jam 12 tengahari lagi Budiey sampai di event ini dan Budiey sudah lihat ramai orang sudah berkumpul di tepi Jalan Ampang & Jalan P. Ramlee bagi menyaksikan demonstrasi di tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Budiey sangat teruja nak tengok Sam Bird dari pasukan MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1. Selain itu, ramai lagi pelumba handalan yang turut buat demonstrasi iaitu Jazeman Jaafar, Fariqe Hairuman, Melvin Moh, Dominic Ang, Hafizh Syahrin, Afiq Ikhwan, Nabil Jeffri dan juga The Boys on 2-Wheels.
Turut hadir untuk menyaksikan acara PETRONAS Motorsports Demo Run 2013 ini ialah Tan Sri Dato’ Shamsul Azhar Abbas, President and Chief Executive PETRONAS dan tetamu VIP yang lain.
Budiey rasa bertuah sebab dapat masuk ke Demo Lounge dan dapat bertemu dengan pelumba di sesi Meet & Greet.
Acara bermula pada jam 2.30 petang dengan persembahan perbarisan dari Trafik PDRM. Memang pertama kali Budiey tengok persembahan seperti ini. Satu pengalaman baru dan jarang-jarang sekali dapat peluang seperti ini.
Tidak ketinggalan adalah persembahan Military Tattoo dari pasukan tentera. Memang dahsyat juga aksi-aksi mereka ini. Macam-macam stail dan gaya ada. Aksi stunt mereka pun memang mengujakan sebab Budiey boleh katakan setara dengan aksi stunt di luar negara.
Kemudian, acara diselangi dengan Demo Pit lane walk, Pillion Ride dan Taxi Ride.
Demo Run bermula pada jam 5 petang dengan penampilan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM & PETRONAS Yamaha-CKJ.
Kemudian, penonton juga terpukau dengan aksi PETRONAS Raceline Malaysia & PETRONAS Hong Leong Yamaha (600 cc).
Pelumba Hafizh Syahrin Abdullah juga tak ketinggalan mempamerkan aksi dan kemahiran beliau yang ‘daring’ di acara demo run ini.
Turut buat persembahan demonstrasi ialah pasukan Meritus GP dan yang Budiey nantikan iaitu MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1, Sam Bird. Kalau tak silai, beliau melakukan 3 lap. Demonstrasi juga melibat pit-stop dan pertukaran tayar.
Selepas itu, pasukan PETRONAS Syntium mengambil tempat untuk menunjukkan kemahiran mereka disaksikan oleh ratusan pengunjung.
Acara tamat dengan persembahan demo dari pelumba muda berbakat besar, Jazeman Jaafar yang memandu kereta lumba MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1. Budiey dikhabarkan juga, ini adalah kali pertama beliau memandu kereta F1. Peluang keemasan ini tidak dilepaskan dengan persembahan yang agak baik dibuat oleh pelumba ini. Syabas, percubaan yang sangat berani sebab jalan raya kat sini agak licin selepas hujan turun renyai di awal petang. Jazeman telah menyempurnakan 5 laps dan beliau akui belum pernah memandu kereta F1 sebelum ini. Ternyata, ia bukan sesuatu yang sukar buat beliau walaupun perasaan berdebar-debar itu ada. Jazeman hanya sempat buat latihan beberapa sesi sebelum melakukannya di hadapan orang ramai.
Acara PETRONAS Motorsports Demo Run 2013 disokong oleh PETRONAS PRIMAX 95 XTRA, MASkargo, Malaysia Airlines, DBKL, Mercedes-Benz Malaysia dan Bank Simpanan Nasional.
Antara gambar-gambar menarik di acara ini: