BILA ALVIN BERTEMU SALLY
‘Sally’ merupakan single kedua yang bakal dipromosikan oleh Alvin Anthons. Ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Ajai, ‘Sally’ juga bakal dimuatkan dalam album mini oleh Alvin Anthons yang bakal berada di pasaran April ini. Setelah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan menerusi single pertamanya yang berjudul ‘Berdua’, Alvin kembali mengorak langkah merangka promosi bagi single ‘Sally’ ini.
Kali ini, misi diteruskan dengan memastikan klip video disiapkan terlebih dahulu sebelum lagu ‘Sally’ diedarkan ke stesen-stesen muzik. Memilih menggunakan khidmat tenaga produksi yang sama, team Alvin Anthons dan Wake The Baby, telah berangkat ke Jakarta pada Mac tahun yang lalu.
Serasi bekerjasama dengan pengarah untuk klip video ‘Berdua’, Almer Lipasha, Alvin tidak kekok langsung dalam pertemuan kedua ini. Sesi dimulakan dengan ‘briefing’ dan juga ‘fitting’ untuk klip video ‘Sally’.
Setelah segalanya selesai, kami menerima jadual penggambaran yang akan bermula pada esok harinya. Seawal jam 5 pagi waktu Indonesia, kami telah beransur kelokasi penggambaran. Setibanya kami di sebuah rumah banglo mewah, terlihat krew-krew produksi gigih menyiapkan props dan segala kelengkapan untuk penggambaran. Segalanya akan dirakamkan di dalam sebuahrumah banglo, tetapi, setnya akan ditukar mengikut jalan cerita yang telahd dipersetujui.
Kegigihan para krew, sangat memberikan semangat kepada Alvin. Dari satu set kesatu set yang lain, Alvin bertenaga memberikan yang terbaik. Sememangny apa di awal penggambaran, Alvin menghadapi sedikit kesukaran kerana dia harus melakonkan beberapa babak yang memerlukan reaksi serta memek muka yang serius, gembira dan rindu.
Walaupun lakonan bukanlah ‘forte’ Alvin, tetapi dengan semangat serta tunjuk ajar pengarah, Alvin Berjaya melengkapkan watak yang diberikan.
Paling terharu, ketika set di sebuah ‘lounge’ di hiaskan. Ruang tamu di banglo tersebut, terus bertukar wajah menjadi sebuah kelab yang bakal menyaksikan Alvin Anthons beraksi secara eksklusif di Jakarta.
Tidak cukup dengan babak tersebut, pengakhirannya Alvin disirami titis-titis hujan yang seharusnya memberikan impak yang lebih dramatic kepada klip video ini.Sebuah lori tangki air digunakan untuk babak ini. Sekali lagi, Alvin begitu kagum dengan komitmen yang diberikan oleh pihak produksi bagi memastikan misi ‘Sally’ berjaya dicapai.
Setelah jam berdetik 1 pagi, lengkaplah seharian Alvin beraksi untuk klip video ‘Sally’. Kali ini kami pulang ke Malaysia menunggu ‘Sally’ yang bakal ditonton dan hari ini ‘Sally’ menemui anda di CEO Fahrenheit 88 KL dalam misi pelancarannya kepada rakan media dan peminat umumnya.
Kenali Alvin di : www.alvinanthon.com Instagram : Alvinanthons