Semalam, Budiey ada mendapat emel dari seorang peminat Marsha yang khabarnya penyanyi dan pelakon cantik ini telah memberikan kejutan kepada para peminatnya.
Marsha dilihat menaiki sebuah kereta istimewa Cadbury Dairy Milk berjenama Hummer dan berjumpa peminat di Jaya One petang semalam.
Kata Marsha di Twitter,
”I will be at Jaya One today and the best thing is I’ll be giving out FREE CADBURY CHOCS!! Jom ramai-ramai naik taxi Hummer”.
Marsha memberikan kepada para peminatnya coklat Cadbury Dairy Milk percuma untuk menghargai sokongan mereka terhadap karier Marsha.
Kata Marsha lagi, penglibatan beliau dalam aktiviti ini adalah sempena Hari Kegembiraan Sedunia yang diraikan di peringkat antarabangsa dan disytiharkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Komen para peminat, Marsha sangat rendah diri dan friendly. Mereka sangat gembira apabila bertemu dengan Marsha sambil dihiburkan dengan ahli silap mata!
Menyentuh perkembangan terbaru Marsha, beliau sedang sibuk mempromosi filem terbarunya yang merupakan filem animasi, Bola Kampung The Movie (BKTM) di mana Marsha meminjamkan suara untuk karakter animasi yang bernama Puteri Amanda di samping Dato’ Aznil Hj Nawawi, Ezlynn, Aizat Amdan, Noh (Hujan), Afdlin Shauki, Harris Alif, Deanna Yusof dan Douglas Lim. Filem ini terbitan Animasia Studio Sdn. Bhd. menelan kos RM6 juta dan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.
Ia akan dibawa ke pasaran Indonesia, Kemboja dan Rusia. Ia filem animasi pertama dari Malaysia yang akan ditayangkan di Disney Channel Asia. Marsha menjalani kolaborasi dengan Harris Alif untuk lagu tema Bola Kampung The Movie yang berjudul Rindu. Video muzik lagu Rindu juga telah disempurnakan sejak minggu lalu dan hanya menanti masa untuk tayangan.
Untuk perkembangan lain, Marsha sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri, Duri Di Hati terbitan Pena Creative Pictures arahan Michael Ang sebanyak 20 episod. Ia ditayangkan di slot Azalea di TV3 bermula minggu lalu. Marsha membawa watak utama sebagai Juliana dalam drama ini di samping Amar Asyraf dan Hairie (Anak Wayang).
Selain itu, Marsha sedang menyiapkan single terbarunya, Jujur Bilang Cinta yang bakal diperdengarkan tidak lama lagi kepada audiens. Menariknya, lagu itu (melodi/lirik) digubah sepenuhnya oleh Marsha menerusi pengalaman hidup sebenarnya. Ia masih dalam proses mastering dan mixing dan hanya menanti masa untuk diperkenalkan sekali gus melancarkan album terbarunya (mengandungi lima buah lagu secara keseluruhan) pada Jun ini secara besar-besaran.
April ini, Marsha bakal menyambung kontrak bersama KRU Studios dan Astro untuk musim ketiga program hiburan, Propaganza yang disiarkan Astro Ria saluran 104. Dan rezeki Marsha terus bertambah apabila dia sibuk dengan undangan pengacaraan daripada organisasi korporat termasuk berskala besar selepas melibatkan diri dalam dunia pengacaraan.