in

Review Gokarna Forest Resort Kathmandu

Kesegaran Alam Semulajadi di Gokarna Forest Resort, Kathmandu
oleh Shah Shamshiri

Andai berpeluang ke ibunegara Nepal iaitu Kathmandu janganlah menghabiskan masa di kawasan tengah kota sahaja. Ini kerana Kathmandu lebih luas dari yang anda sangka. Di kawasan timur laut bandar ini tersergam sebuah resort gah di tengah-tengah hutan purba bernama Gokarna seluas 470 ekar dengan berlatarbelakangkan kemegahan pergunungan Himalaya.

Ia terletak di atas bukit dikelilingi pokok-pokok malar hijau yang mewujudkan suasana berbeza. Kemegahan kawasan gunung ternama itu diselubungi udara segar, haiwan-haiwan liar serta keindahan alam semula jadi di samping warisan serta tradisi layanan terbaik warga Nepal. Gokarna Forest Resort benar-benar menyingkap seribu satu keindahan Nepal sambil menawarkan ketenangan yang tidak jauh dari kesibukan kota.

Gokarna_Forest_Cottage_Rooms_Horizontal_nepal2002_0410_origi

Satu ketika dahulu ia merupakan tempat memburu peribadi keluarga diraja Nepal dan hutannya sudah dipelihara selama lebih lima ratus tahun. Sering menjadi tumpuan haiwan liar seperti rusa dan beraneka burung, monyet dan kera juga turut kelihatan di sini (jadi semua tamu disarankan untuk menutup tingkap bilik sekerap mungkin).

Gokarna_Forest_Harmony_Spa_Meditation_Vertical_00640030

Hotel ini mempunyai lebih 90 bilik, dan suite yang menawarkan pemandangan alam semulajadi terbaik. Kesemua bilik dihias indah sesuai dengan konsep hotel yang bertujuan memberikan ketenteraman. Dilengkapi dengan sebuah spa, gimnasium, sauna dan juga kolam renang serta jacuzzi, ia juga menepati citarasa mereka yang ingin beriadah dan berehat. Ia turut mempunyai restoran dan bar untuk menjamu selera dan menikmati minuman kala bersantai.

Resort ini juga sebenarnya sangat terkenal dengan padang golfnya yang luas kerana terletak berjauhan dari kota. Malah, Gokarna Forest Resort sudah seringkali menjadi tempat pilihan pelbagai pertandingan golf antarabangsa.

Selain menjadi tumpuan warga asing kerana keluasan padang golfnya, salah satu pokok di hotel ini yang berusia ratusan tahun juga pernah menjadi tempat penggambaran filem Hollywood lakonan Keanu Reeves iaitu Little Buddha.

Jadi kalau anda berpeluang ke Kathmandu, pastikan anda singgah ke Gokarma Forest Resort untuk mengenali alam semulajadi kota itu sambil dimanjakan dengan kemewahan perkhidmatan yang disediakan. Pengalamannya benar-benar berbaloi!

Gokarna_Forest_1st_Green_Horizontal_00310019

Gokarna_Forest_Double_Room_Horizontal_00320025

Gokarna_Forest_Durbar_Restaurant_Horizontal_00320019

Gokarna_Forest_Hotel_Lobby_Horizontal_00320008

Gokarna_Forest_Hotel_Entrance_Horizontal_00320001

Gokarna_Forest_Harmony_Spa_Indoor_Pool_Horizontal_00640011

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Astrid

Psy Tamatkan Gangnam Style di Malaysia