in

Ujibakat Pencarian Pelakon Untuk Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara

Pencarian Enam Bakat Muda untuk Membintangi ‘Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara’

Siri drama dari Cornetto menjemput anak-anak muda Malaysia untuk menghadiri sesi uji bakat bagi peluang menjadi bintang TV

Wall’s Cornetto menjemput anak-anak muda yang berminat untuk menjadi bintang TV datang untuk sesi uji bakat Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara, sebuah drama bersiri yang akan disiarkan di Astro Ria (Saluran 104). Ini merupakan tahun kedua rancangan ini disiarkan, dan tema untuk kali ini ialah K-Pop. Uji bakat ini merupakan platform untuk menggerakkan belia ke dalam industri hiburan tempatan.

U&D_masthead_current red

Melalui uji bakat ini, Cornetto berharap dapat mencungkilkan bakat-bakat nyanyian, tarian dan lakonan untuk membintangi musim kedua Cornetto Uda & Dara, digelar Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara. Cornetto meneruskan projek ini ke musim kedua susulan uji bakat tahun lepas yang menerima sambutan hangat dari belia tempatan dari serata Malaysia. Cornetto juga berharap musim kedua ini membuka lebih peluang untuk mereka menunjukkan bakat yang ada.

Shawn Tan, Pengurus Jenama Kanan, Ais Krim Wall’s, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. mengulas, “Sebagai salah sebuah pengeluar ais krim terbesar di Malaysia, Cornetto berasaskan teras yang sama sejak dari dulu, iaitu mengeratkan hubungan silaturrahim dengan golongan masyarakat, tanpa mengira latar belakang, melalui ikatan kasih sayang dan persahabatan. Berpegang teguh kepada teras ini, kami ingin menghidupkan kembali detik-detik istimewa yang telah kita saksikan dalam musim pertama dan menyalurkannya melalui Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara, kali ini dengan tema K-Pop.

“Kami sangat berbesar hati dapat membuka peluang bagi belia Malaysia untuk mempamirkan bakat mereka dalam seni nyanyian, tarian dan juga lakonan. Kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai anak-anak muda Malaysia untuk mengekspresikan diri mereka secara kreatif melalui siri drama ini. Pada masa yang sama, juri-juri yang terdiri daripada selebriti tanah air yang akan menjadi mentor kepada mereka sehinggalah mereka mencapai kejayaan,” hurai Shawn.

CNT Poster FA(BM)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gabungan Grand Brilliance & Red Films Cipta Sejarah Menerusi Filem Songlap

Drama Karlos Lakonan Johan Asari Syazwan Zulkifly & Nur Risteena