Setelah mengupload lagu Ombak Rindu di Youtube dalam sendu tangisan hati yang patah seribu, penyanyi Shila Amzah sekali lagi menarik perhatian peminatnya dengan mengupload sebuah lagu terbaru yang meruntun hati berjudul Masih Aku Cinta. Melihat pada tajuknya pun, semua akan tahu, lagu ini dihasilkan secara spontan dan merupakan luahan hati dari Shila Amzah.
Budiey dah dengar lagu ini berkali-kali dari semalam lagi. Sekali dengar, Budiey dah dapat tangkap apa mesej yang Shila Amzah ingin sampaikan. Hatinya bukan lagu patah seribu tapi kali ini lebih parah kerana cinta hatinya sudah jauh dan terputus sudah gara-gara mendapat tentangan dan halangan dari bapa Shila Amzah. Lagu Masih Aku Cinta adalah lagu suara hati beliau yang masih merindui cinta hatinya iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad. Kasihan betul.
Sebijik seperti garapan sebuah drama sinetron, Budiey sikit pun tak sangka semua ini berlaku pada drama cinta Shila Amzah. Ternyata banyak halangan dan onak duri yang terpaksa Shila Amzah tempuhi. Jika benarlah lirik lagu ini menggambarkan segaka kisah cinta Shila Amzah, ternyata Shila Amzah dan Sharnaaz nampaknya dah putus melalui bait: Satu dunia, menentang cinta kita, Akhirnya kita terpisah jua.
Ternyata sekarang ini, Shila Amzah sedang lemas dalam kerinduan. Jelas tergambar dari bait: “Biarpun kau tak lagi ada dengan ku., Takkan ku bisa melupakan mu.”. Lumrah insan bercinta yang tak rela untuk kecewa, pasti akan merindu kekasihnya, akan tergambar saat-saat manis. Ungkapan ini diabadikan dalam lirik: Cara mu, memanggil nama ku, Terasa seolah kau masih ada
Budiey harap, walau apa sahaja dugaan berat datang melanda, semoga Shila Amzah terus bertabah dan kuatkan semangat. Mungkin ini salah satu ujian dari Tuhan yang menguji kekuatan diri hamba-Nya.
Lirik Lagu Masih Aku Cinta Shila Amzah
Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu, memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada
Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka
Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta
Takkan pernah ada penggantimu
Yang mempertahankan ku sepertimu
Satu dunia, menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua
Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku