TEATER NEO-ROMANTIK
[dropcap]A[/dropcap]rtful Creator dan Paradoks Production dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, akan mempersembahkan sebuah teater bertajuk ‘Antologi Ne0-Romantik’. Sebelum ini pada November 2012 yang lalu, skrip Neo-Romantik telah memenangi tempat pertama Sayembara Penulisan Teater Pendek anjuran Dewan dan Pustaka. Manakala pelakon lelakinya pula, Aloy Paradoks menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik melalui festival tersebut.
Kini, bermula 14 Februari 2013 hingga 17 Februari 2013, sekali lagi teater Neo-Romantik akan muncul dan dengan naskah lengkapnya. Merupakan sebuah teater arahan Aloy Paradoks, penggiat teater prolifik masakini yang juga menampilkan lakonannya bersama pasangan serasi beliau ketika di pentas, Fazleena Hishamuddin.
SINOPSIS TEATER NEO-ROMANTIK
Asyraf dan Najua merupakan pasangan selebriti (pelakon) yang akan sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun. Dan sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang kesepuluh ini, pihak TV Sensasi melalui rancangan bual bicara terhangat “Neo-Romantik” menjemput mereka untuk menjadi pengacara bagi minggu tersebut.
Rancangan bual bicara “Neo-Romantik” adalah sebuah rancangan yang menampilkan hos berbeza setiap minggu. Dan hos tersebut mestilah pasangan selebriti yang telah berkahwin dan melalui kehidupan bersama dengan bahagia. Melalui rancangan bual bicara “Neo-Romantik” ini, Asyraf dan Najua akan menceritakan kembali susur galur bibik pertemuan antara mereka hinggalah bahagianya mereka kini sebagai pasangan suami isteri.
Rancangan ini terbahagi kepada dua (2) segmen. Segmen yang pertama ialah mereka melakonkan kembali babak-babak percintaan awal antara mereka secara langsung (live) dihadapan kamera dan dihadapan penonton yang hadir. Manakala segmen kedua pula ialah merupakan sesi soal jawab antara pengacara dan penonton yang hadir di studio. Dan lazimnya dalam sesi soal jawab ini, para penonton cenderung bertanya soalan yang panas-panas dan agak sensitif tentang hubungan mereka, hinggakan sampai satu keadaan ia mungkin menimbulkan perasaan tidak selesa bagi pihak pasangan selebriti tersebut. Dan mereka bagaimana pun tetap harus menjawab soalan tersebut.
Dan bahagian yang terpenting, apakah akan berlaku setelah tamat rancangan bual bicara tersebut.
KEISTIMEWAAN TEATER INI
Teater Neo-Romantik banyak menggunakan konsep Play Within The Play dan Poor Theater. Yang mana hanya menampilkan dua orang pelakon sahaja, dan seratus peratus kekuatan pementasan hanyalah bergantung pada kekuatan lakonan, skrip dan arahan sahaja. Kaedah Play Within The Play akan membuat jalan cerita teater ini bergerak secara non-linear dan tidak hanya betumpu pada satu subjek atau tempat sahaja. Penonton akan dibawa ke dalam cerita yang mempunyai cerita dan cerita lagi. Kerana ia sama konsepnya seperti bercerita dalam cerita.
Oleh kerana teater ini merupakan sebuah rancangan bual bicara yang mempunyai penonton secara langsung, maka penonton teater ini akan menjadi pelakon juga dalam masa yang sama. Mereka bebas untuk bertanyakan apa saja soalan dan bercakap apa saja sesuka hati melalui segmen kedua. Soalan-soalan yang keluar adalah soalan yang tak terduga dan tak terjangka. Jadi di sini ia melibatkan hubungan dua hala antara pemain teater itu sendiri dan pelakonnya. Manakala dalam masa yang sama ia menguji kekuatan lakonan pelakonnya untuk menjawab soalan-soalan yang tidak dirancang itu. Kekuatan segmen ini juga bergantung pada kekuatan soalan yang ditanya oleh penonton.
ALOY PARADOKS
Penulis/Pengarah/Pelakon Lelaki
Aloy Paradoks merupakan pemilik syarikat penerbitan buku-buku alternatif SeLUT Press & Sang Freud Press. Juga dalam masa yang sama pemilik kepada Paradoks Productions. Antara karya-karya teater tulisan dan arahan beliau adalah. HEGEMONI, MEROCOK-ROCOK, NAUTIKA, ROMPAKAN BERSEPADU, BERSIH dan BLACKOUT. Manakala antara teater lakonan beliau pula ialah KOTAK HITAM dan TEATER JUTA-JUTA arahan Fasyali Fadzly, RATNA KADHAL arahan Khairunazwan Rodzy, ARMS AND THE MAN arahan Ahmad Yatim dan banyak lagi.
Antara buku hasil tulisan beliau pula ialah NAKAL, NURUL ASYIKIN, KAU dan BURGEMPARK. Serta telah menerbitkan lebih dari 20 buah buku-buku fiction yang lain melalui SeLUT Press dan Sang Freud Press.
KOMEN ALOY PARADOKS
Neo-Romantik adalah hasil tulisan saya untuk mengambarkan dan menceritakan kepada penonton, tentang corak dan bentuk hubungan cara baru dalam masyarakat masa kini. Ia bukan soal sama ada manusia sekarang romantik lagi atau tidak, tapi ialah soal jika romantik, bagaimana cara romantik orang sekarang. Pacing jalan cerita pula sengaja saya bentuk dengan laju kerana itu yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Semuanya bergerak pantas, teknologi memainkan peranan penting dalam semua hal, termasuk hubungan. Manakala konsep rancangan bual-bicara itu diwujudkan kerana saya mahu penonton melibatkan diri dalam persembahan tersebut. Penonton sekarang harus melalui pengalaman itu bukan hanya sebagai penonton saja lagi saya rasa, dia juga harus melalui bagaimana jika dia masuk sekali dalamnya. Dan itu yang saya mahu tonjolkan di sini. Boleh jadi akan wujud situasi yang beku dimana penonton kita masih lagi bisu dan tak mahu berkata, tapi disitu terletak cabaran dalam diri pelakon pula. Bagaimana untuk memecahkan kebisuan penonton tersebut.
Macam biasa, dalam setiap teater yang saya buat akan ada sedikit cabaran untuk pelakon dan penonton. Dan kali ini, inilah cabarannya.
FAZLEENA HISHAMUDDIN
Pelakon Wanita
Menerima jolokan “ratu Indie” di kalangan di kalangan penggemar seni dan penggiat seni alternatif di Malaysia. Hampir 10 tahun bergelumang dalam dunia seni tidak pernah sekali pun mematahkan semangat beliau untuk terus berkarya. Hampir 30 persembahan pentas (teater) yang pernah dilakonkan. Antara yang paling memberikan kesan ialah TeaterJuta-Juta, 1 Plastik Hitam, Hegemoni, RatnaKhadal, Merocok-rocok & Kawan-kawan yang Kita Suka. Beliau juga muncul sebagai pelakon dalam berpuluh-puluh filem pendek dan beberapa indie feature film. Juga aktif di belakang tabir produksi sebagai pengarah, pengarah produksi dan penulis skrip. Pemegang sarjana psikologi kaunseling ini juga terlibat dalam pengurusan acara, pengacaraan dan penerbitan. Kini aktif sebagai penulis skrip untuk iklan di televisyen. Anugerah yang pernah di menangi ialah Pelakon Harapan di Anugerah Teater MAKUM 2004, Anugerah Seni UKM 2004, Skrip Terbaik di Festival Filem Pendek 2006 anjuranFinas & RTM, Anugerah KhasJuri di Anugerah Karyawan Muda pada tahun 2009. Terbaru beliau dinobat sebagai pelakon terbaik dalam filempendek PSP (PendidikanSeksPertama) arahan Ande Muhammad untuk anugerah Visual Creative Award 2012 di USM, Penang. Terus tegar berdiri dalamdunia seni, Fazleena merasakan ‘kerjakuat’ dan ‘terusbuat’ adalah kunci untuk berjaya dalam hidup.
KOMEN FAZLEENA HISHAMUDDIN
Skrip neo-romantik matang dan tidak mengada ngada. Ia lebih terus dan tiada bermadah pujangga seperti skrip Aloy Paradoks yang lain-lain. Permainannya lebih ‘rebel’ dan pantas. Jujur saya katakan, ini permainan paling puas pernah saya mainkan di pentas. Saya dapat rasakan chemistry yang begitu pekat dari darah kami berdua bila di pentas. Kalau P.Ramlee ada Saloma, saya mungkin Saloma kepada Aloy Paradoks. Tontonlah Neo-Romantik dengan rasa cinta. Senyum dan rasa bahagia. Syukurlah kerana kita masih punya cinta.
KOMEN DARI PENONTON TERDAHULU
“Ramai yang bergelak dengan pementasan Neo-Romantik. Tapi aku lebih teruja mendengar baris-baris skrip Aloy Paradoks” – Mosyuki Borhan (Penulis buku-buku puisi)
“Asyraf dan Najua membuat penonton bersama-sama dalam cerita itu. Tahniah” – Melissa (DBP 2013)
“Menonton Neo-Romantik membuat aku rasa CINTA itu apa.” – Hilal Azmi (Wartawan Penyiaran)
“Neo-Romantik, matang!” – Fasyali Fadzly (Penulis, pengarah, pengkritik teater)