in , ,

Video Shila Amzah Nyanyi Lagu Ombak Rindu Sambil Menangis Di YouTube

Video Shila Amzah Nyanyi Lagu Ombak Rindu Sambil Menangis Di YouTube

Shila Amzah

Stesen radio Hot FM pada pagi Jumaat lalu telah berjaya menyiarkan ke seluruh negara audio terbaharu penyanyi Shila Amzah yang menyampaikan lagu “Ombak Rindu” sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.

[pullquote align=”right”]Shila mahu kekasihnya dan bapa berdamai.[/pullquote]

Rakaman itu dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik oleh Shila Amzah.

“Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah,” katanya.

Rakaman itu disiarkan kira-kira pukul 9.50 pagi oleh stesen radio Hot FM.

Sejam selepas itu, rakaman berkenaan tidak dapat diakses lagi menerusi laman “YouTube” milik Shila.

Bagaimanapun ia sempat diambil oleh individu lain yang boleh diikuti menerusi alamat berikut:

Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyayi Hafiz dan Adira.

Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat yang dirahsiakan bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.

Wajah Shila ketika meluahkan perasaan sedihnya di Youtube. Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.

Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut. Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.

Dalam pada itu tindakan Shila Amzah bertindak meluahkan rasa hatinya sambil menangis ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu kerana lagu tersebut benar-benar menyentuh mengenai perjalanan hidupnya.

Ombak Rindu nyanyinya Hafiz dan Adira itu antara lain berkisah mengenai hubungan cinta pasangan kekasih yang sedang menghadapi cabaran.

Liriknya juga turut merayu kepada Tuhan agar membuka hati pasangannya demi cinta mereka yang telah ditanam sejak sekian lama.

LIRIK LAGU OMBAK RINDU

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku

Hanya ingat Kamu kala dukaku

Namun hanya Kamu yang mampu membuka

Pintu hatinya ‘tuk cintaku’

Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dariku

Agar dia tidak kesepian

Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku

Yang mengalir membasuh lukaku

Agar dia tahu ku tersiksa

Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah

Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terimaku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisiku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

EKSKLUSIF Zizan Razak Duta Produk Mamee Terbang Ke Eropah Untuk Kempen MiTarik

Hairul Azreen & Faralyna Idris Bukan Lagi Pasangan Kekasih