Penyampai Radio Hot FM Suraya Bakal Bernikah Dengan Jurutera
Semalam, Budiey sempat singgah seketika untuk meraikan kegembiraan bersama radio di bawah Media Prima, Radio Hot FM yang kini sudah berusia 7 Tahun. Dikesempatan ini, Budiey ucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan radio Hot FM yang sehingga kini masih bertahan sebagai radio utama didengari oleh pendengar di Malaysia. Selama 7 tahun sudah bersiaran, boleh digambarkan kalau anak-anak dah masuk 7 tahun ni, dah pun melangkah ke darjah satu la kan? Kalau Budiey.com dah berusia 6 tahun kini, bermakna Budiey.com adik lebih muda setahun je dengan Hot FM. Selamat menyambut ulangtahun ke – 7 tahun Hot FM. Semoga terus sukses dan memberikan yang terbaik buat hidangan para pendengar setia.
Di majlis kenduri kesyukuran yang diadakan secara ringkas di Restoran Puteri, Sungai Penchala semalam, Budiey sempat menemubual penyampai yang taklah baru sebenarnya, dia dah bermula di Hot FM sebagai pelatih (intern) dan diserap masuk ke konti Hot FM, beliau yang Budiey maksudkan ialah Suraya yang kini menjadi pengacara Hot Scoop yang disiarkan di TV9. Program Hot Scoop ini memaparkan berita e-news ringkas dan padat tentang dunia selebriti, hiburan dan gosip panas.
Menurut Suraya, beliau akan melangsungkan majlis pernikahan bersama tunangnya yang merupakan seorang jurutera pada bulan April ini. Jelas terpancar di raut wajahnya, kegembiraan dan excited untuk menantikan detik disatukan secara sah bersama tunangnya. Budiey ucapkan semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Pastinya, Suraya akan menjemput Budiey ke majlis akad nikah dan resepsi yang dijadualkan akan berlangsung di Dewan Perdana Felda. Insyaallah.
Untuk mendengar sendiri apa kata Suraya berhubung dengan majlis nikah dan juga tentang bakal suaminya, apa kata anda tonton video yang Budiey rakamkan semalam bersama Suraya ini. Sila klik: Penyampai Radio Hot FM Suraya Bakal Bernikah Dengan Jurutera
Suraya bertunang pada bulan November 2012 dan beliau juga mengenali tunang yang begitu bertanggungjawab ini pada tahun lepas juga. Antara sikap yang membuatkan Suraya jatuh hati pada tunangnya ialah selain dia selalu positif, dia juga ada hubungan yang baik dengan famili.