Budiey rasa, korang semua, khususnya yang suka muzik Korea Pop ni, dah tahu, bintang muzik pop Korea yang mencipta fenomena menerusi lagu Gangnam Style, Psy bakal hadir ke Malaysia sempena satu konsert besar sekitar Mac nanti, Namun nampaknya ‘oppa gangnam style’ ini akan hadir lebih awal daripada yang dijangka para peminat beliau di sini.
Yeay, welcom to Malaysia, Psy!
[pullquote]Rumah terbuka itu akan berlangsung pada 11 Februari ini di Han Chiang High School, Pulau Pinang bermula jam 10.00 pagi & akan turut di’hadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut menampilkan Shila Amzah[/pullquote]
Menurut laporan The Star semalam, Psy telah pun ditempah untuk hadir membuat persembahan di rumah terbuka anjuran Barisan Nasional (BN) bersempena sambutan Tahun Baru Cina.
Persoalan sekarang, siapa yang bayar Psy? Budiey dikhabarkan bayaran untuk membawa Psy terbang ke Malaysia dan perform untuk satu lagu je dah cecah RM2 juta. Satu jumlah yang banyak. Korang rasa banyak tak RM2 juta tu? Giler tak banyak!
Namun, menurut Astro Awani pada hari ini, kerajaan Malaysia, Barisan Nasional tidak akan menanggung kos untuk persembahan Psy. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow hari ini.
Beliau berkata persembahan tersebut akan dibiayai oleh sebuah syarikat korporat.
“Ia tidak dibayar oleh BN samada negeri mahupun pusat.”
Teng, bagaimanapun enggan mendedahkan nama syarikat yang membiayai kos persembahan tersebut.
Ketika ditanya tentang jumlah kos perbelanjaannya pula, beliau memberitahu bahawa perkara itu masih dalam pengesahan dan sedang diuruskan oleh sebuah syarikat korporat.
Persembahan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di Twitter termasuk yang positif dan negatif.
Terdahulu, Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Wong Mun Hoe berkata persembahan Psy pada 11 Februari ini adalah satu ‘hadiah’ dari Barisan Nasional untuk penduduk Pulau Pinang.
Selain itu, Wong turut menolak dakwaan persembahan itu nanti bermotifkan politik.
Penyanyi popular Korea Selatan yang terkenal dengan lagu Gangnam Style itu bakal mengadakan persembahan di Pulau Pinang pada 11 Februari ini bersama-sama dengan penyanyi tempatan Shila Amzah.
Budiey ada baca banyak sekali komen-komen dari pembaca yang tak puas hati dengan bayaran yang dikenakan. Sampaikan Psy dan CNY jadi trending semalam di Twitter. Budiey berpendapat, ini satu keputusan yang tak logik sama sekali kerana dengan jumlah itu, banyak perkara lagi yang bolah dirancang oleh syarikat korporat itu. Sungguh kaya syarikat korporat ini ya. Tapi ramai yang cakap, kos yang dikeluarkan ni sangat membazir. Baik sedekahkan kepada orang miskin kat Malaysia ni yang masih memerlukan. Tapi itu duit mereka, ikut suka hati merekalah nak buat apa, kan?
Semua orang tahu yang Psy sekarang tengah laris di Hollywood. Dah kaya raya dah pun sekarang ni. Dengarnya, untuk bawa ke Malaysia, kalau tak perform, hanya sekadar lambai tangan dan tampil di pentas, bayarannya RM1 juta kalau sekali dengan perform bayarannya RM2juta. Pergh! Zed Zaidi kena ambil isu ini, kena lantang bersuara dan harap dapat diselesaikan dengan baik kerana artis luar memang tak boleh dibawa dan dibayar sebegitu tinggi. Baik ambik Siti Nurhaliza je perform sebab semua kaum kenal Siti kan? Belilah barangan buatan Malaysia. yes, Malaysia boleh!
Macamana pula artis kita di tempat dan negara mereka, adakah dibayar dengan nilai yang sama? Contohnya, kalau Shila Amzah dan Siti Nurhaliza perform di negara luar, adakah RM2juta sebagai habuan? Memang tak logik tapi ini benar berlaku ya.
[pullquote align=”right”]Ini bermakna Psy akan hadir juga buat kali kedua pada pertengahan Mac ini untuk memeriahkan Future Music Festival Asia (FMFA) 2013.[/pullquote]
Rumah terbuka itu akan berlangsung pada 11 Februari ini di Han Chiang High School, Pulau Pinang bermula jam 10.00 pagi & akan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Daripada bayar RM2juta kepada Psy, lebih baik syarikat korporat ini beli iklan di budiey.com atau jadi penaja dan pemberi dana untuk Budiey.com, bolehlah Budiey promote produk mereka kaw-kaw… untung gak. Kasi setengah juta pun oklah untuk dapatkan staff dan jurugambar Budiey Dot Com Media. Syarikat korporat yang bayar PSy perform ni mesti korporat yang kaya raya ni. Kalau tak memang tak dapat biayai jumlah yang besar.
Budiey ingat nak jemput Psy perform kat Party Budiey tapi rasanya Budiey hanya boleh belanja Psy makan roti canai dan teh tarik je. Okay la kan? Tak pun, kena cari syarikat Cina yang bertaraf billionaire yang sponsor.
Adakah anda bersetuju dengan Psy dibayar RM2juta untuk perform di Rumah Terbuka CNY? Utarakan komen anda.