Banyak soalan-soalan biasa yang ditanya sepanjang 30 minit sidang bersama media. Agnes dengan yakin, tenang dan rileks membalas soalan media.
Gambaran meja yang kosong… sedang menunggu Agnes Monica… Tidak lama sangat menunggu, cuma ada dalam 20 minit cam tu. Gigih betul Budiey menunggu siap panas punggung semata-mata nak tengok Agnes Monica dengan lebih dekat.
Memang dua tiga menjak ni, Budiey angau dan gila dengan Agnes sampai dah hafal hampir semua lagu dalam album Agnes. Bilang saja lagu yang mana, saya gerenti boleh bawak punya. Hahaha!
Apa yang Agnes bimbang?
“Kalau ada kekurangan pun kerana suara yang bergema di stadium ini pada asalnya bukan dibuat untuk tujuan mengadakan persembahan. Bagaimanapun, saya tetap puas kerana saya, pemuzik dan penari sudah buat yang terbaik. Reaksi spontan penonton ketika menyanyi menambahkan lagi kepuasan saya. Sebenarnya konsert ini terbuka kepada siapa saja yang ingin menonton tanpa mengira mereka orang Malaysia atau Indonesia.”
Agnes puas hati ngak?
“Saya tetap berpuas hati dengan kehadiran penonton pada malam ini. Saya tidak pernah berfikir jika saya menganjur konsert di sini, hanya sesetengah orang sahaja yang akan datang. Semua peminat muzik disilakan datang untuk menyaksikan saya.”
Pernah tak Agnes datang bercuti di Malaysia?
Tidak pernah. Belum pernah berlibur di sini. Saya suka berada di Malaysia. Aman.”
Siapakah idola Agnes?
“Michael Jackson & Madonna.”
Ada sesetengah wartawan cakap, Agnes ni sombong dengan media?
“Saya cukup kaget kerna tidak pernah sekali saya dan tiada niat untuk bersikap begitu. Namun, mungkin kerana gosip atau attitude yang disalah anggap. Namun, itu tidak merisaukan saya.”
Antara menyani dan menari, mana lebih Agnes minat?
“Saya suka kedua-duanya. Tapi saya lebih suka menyanyi.”
Ramai yang datang adalah orang Indonesia?
“Rasanya tidak juga, majoriti bukan dari Indonesia. Peminat Malaysia pun ada datang. Menerusi rakaman video yang diambil oleh jurugambar saya, terbukti penonton Malaysia juga ramai. Yang penting semua yang datang malam ini peminat muzik. Bila disuruh menyanyi mereka menyanyi, tetapi kebanyakannya tahu lagu Bilang Saja dan Tak Ada Logika kerana apa yang saya tahu susah mendapatkan CD saya di sini.”
Bagaimana Agnes mengekalkan stamina?
“Saya aktif berlatih olahraga (bersenam dan latihan fizikal) sejak usia 17 tahun. Usaha ini tidak henti sampai sekarang. Jadi untuk menari selama konsert ini, rasa sudah satu kebiasaan buat saya. Selain memperoleh stamina dari olahraga saya juga menjalani gaya hidup sihat, tidak merokok, tidak minum minuman keras dan tidak ke kelab hiburan. Saya juga mendapatkan tidur yang cukup.”
Bagaimana Agnes jaga suara?
“Sebagai penyanyi, suara paling perkara mustahak. Oleh itu kesihatan perlu dijaga. Sebelum menjayakan konsert ini saya cukup bimbang kerana hampir tarikh persembahan, tekak saya terkena jangkitan. Tekak saya rasa sakit masa show di Gangstarz lagi. Nasib baik malam ini (kelmarin) saya boleh menyanyi dengan baik. Ini juga kerana bantuan dari Tuhan.”
Agnes terkenal dengan imej seksi tapi konsert di Malaysia, Agnes banyak tutup.
“Saya dimaklumkan bahawa penduduk Malaysia amat sensitif mengenai hal-hal pemakaian seorang artis ketika konsert. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memakai pakaian yang sopan. Jika kita mahu mengadakan persembahan, kita mesti tahu budaya mereka serta adat mereka sebagai tanda hormat kepada penduduk negara tersebut.”