in

Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort adalah salah satu destinasi percutian ‘ecotourism’ terunggul yang terletak di Pulau Banding di Tasik Temengor, Gerik, Perak. Pulau Banding menjadi pintu masuk ke Hutan Belum-Temengor yang berusia 130 juta tahun yang membentangi satu kawasan seluas 300,000 hektar. Kawasan ini kaya dengan pelbagai flora dan fauna seperti Rafflesia, halia dan orkid liar, pelbagai spesies kayu balak seperti meranti, cengal, keruing dan merbau, dan mempunyai sekurang-kurangnya 60 lokasi jenut (salt lick sites) yang dikunjungi oleh pelbagai hidupan liar seperti Badak Sumbu Sumatra, beruang matahari, harimau dan  tapir.

Kawasan Hutan Belum-Temengor merupakan satu-satunya lokasi di Malaysia yang dihuni oleh kesemua 10 spesies burung enggang yang terdapat di Malaysia. Pengembara dan pencinta alam sudah pasti akan mendapat kepuasan dan ketenangan dengan segala kejadian dan keindahan ciptaan Illahi ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Belum Rainforest Resort sila layari www.belumresort.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Mengapa Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari Bercium Dalam Filem

Majlis Pelancaran 1 Komuniti 1 Persatuan di One Utama