Tanpa opening act mungkin sesebuah konsert itu takkan jadi hangat. Tujuan opening act untuk menghangatkan pentas. Untuk itu, pembukaan perlu diisi dengan lagu-lagu yang ‘panas’, rancak dan mesra di telinga pendengar. Saya hairan mengapa pemilihan lagu tidak dititik beratkan dalam sesuatu opening act bagi satu konsert besar seperti Konsert Agnes Monica Live in Kuala Lumpur.
Namun, saya teruja untuk mengenali dengan lebih dekat penyanyi berbakat dari Singapura, Imran Ajmain yang membawa sebuah lagu berentak slow-hip yang ada suntikan medium rap berjudul “Kata Orang”. Saya keliru dengan imej beliau yang berpakaian serba ringkas dan skema tetapi dalam masa yang sama menyanyikan lagu yang ada unsur rap.
Layari laman rasmi Imran Ajmain di http://imranajmain.com . Kalau anda masih ingat, Imran adalah Artis Singapura Terbaik & Artis Lelaki Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2007 yang lalu. Seperti saya katakan pada Taufik Batisah, untuk lebih meluaskan empayar seninya, Imran perlu lebih kerap datang ke Malaysia.
Terbaru, Imran Ajmain akan muncul di 07.07.07 Triple 7 Concert Suria FM Green Every Day Concert pada 7 Julai 2007 di perkarangan Parking A, Stadium Bukit Jalil. Anda boleh datang beramai-ramai kerana ramai penyanyi dari Indonesia, Singapura dan Malaysia akan meraikan Hari Hijau Setiap Hari ini. Penyanyi kesukaan saya, Titi DJ pun ada perform nanti.
Imran membawa lagu Sudah Tu Sudah yang sekarang ni semakin popular di Malaysia. Khabarnya, beliau baru sahaja mendapat penajaan dari Brooks Brothers. Dan pakaian yang dipakai Imran di opening act pun ditaja oleh Brooks Brothers. Sesuai ke? Imej santai… mungkin dia tak nak over sangat kot. Baik pakai cam ni dari pakai T-shirt je kan?
Sebelum konsert Agnes berlangsung, saya sempat berbual dengan jurukamera Imran, Nur Muhammad. Terima kasih buat Nur sebab dia dah ajar saya untuk menggunakan kamera Nikon D40 untuk mendapat foto yang lebih cantik untuk konsert.
Kemudian, pentas beralih tumpuan kepada penyanyi berusia 22 tahun dari Labuan, Karen yang memiliki suara persis Datuk Siti Nurhaliza. Mengambil lagu single terbarunya yang rancak, Karen bijak mengawal pentas dengan tarian.
Album terbaru Karen berjudul Mulakan katanya mendapat sambutan dari peminat berbangsa Melayu dan Cina. Syabas Karen kerana membuktikan bangsa Cina pun dapat menyanyi lagu Melayu dengan penghayatan jiwa yang baik.
Alamak pakai singlet lak si Karen ni. Bukan apa, kononnya nak seksi ala Agnes Monica dalam album cover ‘Waddup A’. Ahaks, Tetapi yang saya hairan, Agnes Monica yang biasanya membawa fesyen bersinglet pun tidak mengenakan baju se-seksi ini.
Di sidang media yang diadakan sejurus selepas konsert, Agnes ada cakap yang dia ingin menyesuaikan diri dengan keadaan orang Malaysia yang begitu elergik dengan imej seksinya. Jadi, tidak hairan sepanjang konsert, pakaian Agnes Monica agak ‘tertutup’ rapi. Takde banyak yang bukak sana-sini.
Dia Fadila, penyanyi yang dikatakan ada hubungan cinta dengan vokalis kumpulan Nidji iaitu Giring menyanyi sebuah lagu berentak perlahan. Argh bosan! Rasanya peminat Agnes akan kenal Dia Fadila lebih rapat ke lepas opening act yang biasa-biasa ini? Tiada impak, tiada kejutan. Langsung tidak menarik.
Album terbaru Dia Fadila berjudul Na Na Na Kataku akan memberi kelainan katanya buat peminat.
Cheryl Samad sebagai hos pada malam itu juga turut menyanyikan sebuah lagu dari album sulungnya. Juga agak tidak mesra dengan pendengaran saya.
Hanya 4 perkataan yang ingin saya gunakan. Elegan, santai, ceria dan biasa.
Rap, rap dan rap… hip hop… apa yang dia sebut saya pun tak tahu. Layan je la…
Selain opening act, beberapa artis kita ada buat selingan untuk beri peluang Agnes Monica tukar baju dan minum air. Antaranya Dina, bintang dari Malaysian Idol yang masih kekal dengan bentuk badan montok dan gempalnya. Dan apa yang saya dengar dari Dina ialah jeritan dan jeritan Dina… mengegarkan telinga. Boleh lawan suara Agnes ke? But still ada irama catchy yang boleh menghiburkan. Juga grup hip hop, Urban Method ada menghiburkan penonton dengan lagu cover version Wajah Rahsia Hati dengan irama hip hop berduet dengan Ogy Ahmad Daud yang tidak hadir pun malam tu.
Foto Agnes Monica buat persembahan akan menyusul selepas ini. Jadi kepada peminat Agnes Monica, stay tuned, okay?
Dan juga foto-foto yang sempat saya ambil di sidang media sejurus selepas konsert… Berpeluang melihat wajah dan penampilan Agnes dari dekat, saya akui Agnes cun banget, cantik, cute & anggun banget.