in

Majlis Perasmian Tower Beach Soccer Langkawi 2009

Menara Kuala Lumpur buat julung-julung kalinya dengan kerjasama Menara Alor Star dan Muzium Telekom menganjurkan “Tower Beach Soccer Langkawi 2009” mulai 20-22 Mac 2009 di Pantai Chenang, Langkawi.   

Acara bertaraf antarabangsa ini juga telah mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri Kedah, Kementerian Belia & Sukan, Lembaga Penggalakkan dan Pelancongan Malaysia, Majlis Kecergasan Kebangsaan dan  Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).    

Penaja utama ialah Adidas dan 100 Plus. Keseluruhan wang tunai yang akan bakal dimenangi oleh para peserta ialah berjumlah RM15,000 disamping sijil penyertaan.   

Sebanyak 64 kumpulan yang akan bertanding dimana setiap kumpulan boleh menghantar di antara 5 orang peserta di dalam lingkungan 18-45 tahun. Pertandingan ini turut menyaksikan wakil media dan artis bertanding di dalam kategori jemputan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Rancang Empat Saluran Baru

Program Kewartawanan Awam U-WARTAWAN di Astro Awani