KUALA LUMPUR: Dalam usaha untuk beroperasi secara digital sepenuhnya dan mengaktifkan rancangan Analog Switch Off (ASO) menjelang 2015, RTM sedang membangunkan empat saluran baru selain Muzik Aktif yang memulakan siaran hari ini.
Empat saluran baru itu ialah ialah saluran kanak-kanak CY; saluran sukan Arena; saluran multi-etnik dan multi bahasa Harmoni; dan saluran gaya hidup Bestari.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, dalam ucap tama pada perasmian Persidangan Industri Kreatif 2009 di sini, hari ini, berkata RTM sedang menjalani pengstrukturan semula.
“Wajah baru TV1 dan TV2 dan Muzik Aktif bukan penjenamaan semula, ia bukan penghujung, ia sebahagian dari proses berkenaan,” katanya. – Bernama