SAFI KLIQ 2!
Percutian Cerah Cempurna SAFI BALQIS! Shila Amzah dan 15 “Teman Karib”nya!
SAFI Kliq! kembali untuk tahun kedua tentu sekali dengan lembaran rencana percutian yang lebih menarik. Bagi meraikan kehadiran 2013, 15 gadis bertuah telah menikmati pengalaman percutian yang hebat dan berbeza bersama teman-teman karib mereka. Tambahan pula percutian ini diserikan lagi dengan kehadiran Shila Amzah duta Safi Balqis Perfect 10.
“Peraduan Safi Kliq yang kami anjurkan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pengguna yang menjadikan SAFI sebagai jenama pilihan utama dan dipercayai. Sebagai jenama yang dekat kepada pengguna yang rata-ratanya yang berusia 17 tahun – 25 tahun, kami mengenengahkan elemen persahabatan di dalam peraduan ini. Mereka hanya perlu menghantar gambar dan nama kumpulan yang paling kreatif dengan elemen Jenama Safi Balqis untuk memenangi peraduan ini.
Seiringan dengan konsep sahabat karib atau “bff” ini Safi Balqis Perfect 10 juga turut melancarkan tiga trio kecantikan baru yang pastinya memberikan para gadis keyakinan diri tertinggi. Tiga trio terbaru kami iaitu Krim BB SPF30 PA ++ Losyen Pelembap Kawalan Minyak SPF 15 dan Gel Pengelupasan yang diformulasikan khas bagi merawat masalah raut wajah para gadis Safi Balqis dan tentu sekali Akan menjadi teman karib anda ”, jelas Mahsuri Sulaiman Pengurus Kumpulan Produk SAFI.
Pelbagai aktiviti menarik telah direncanakan untuk percutian 2 hari 1 malam ini dan tentu sekali percutian pada kali ini lebih hebat dan berbeza daripada SAFI Kliq! pada tahun pertama.
Peraduan yang dibuka dari 1 Oktober 2012 – 30 November 2012 ini telah memilih 5 Kliq iaitu:
1. Kliq N + N = M (Pemenang Utama)
2. Kliq PerfecTeens (Saguhati)
3. Kliq KLiq 3A’s (Saguhati)
4. Kliq R3achsta (Saguhati)
5. Kliq SAE-fi (Saguhati)
Kliq N +N = M merupakan pemenang utama Peraduan Kliq SAFI Balqis Perfect 10 iaitu percutian di Port Dickson untuk 2 hari 1 malam dan mereka juga memenangi Samsung Galaxy Tab setiap seorang. Manakala 4 Kliq lain telah memenangi Kamera Instax Fuji setiap seorang selain menyertai percutian ke Port Dickson bersama pemenang utama.
Para peserta bukan sahaja mendapat pengalaman percutian yang indah, malah memperkayakan diri dengan pengetahuan bermanfaat tentang penjagaan kulit wajah serta merapatkan keakraban sesame gadis berkongsi tips-tips yakin dan berjaya!
TENTANG SAFI KLIQ 2!
1. Beli produk SAFI BALQIS Perfect 10 bernilai RM20 dan ke atas. ( Setiap satu penyertaan memerlukan satu resit pembelian produk serendah RM20)
2. Ambil gambar bersama 2 rakan anda dengan produk SAFI BALQIS Perfect 10 dan muat naik ke www.facebook.com/SAFI.MY (simpan resit sebagai bukti pembelian) * Satu Kliq mempunyai 3 orang ahli kumpulan, bermakna anda dan 2 rakan anda.
3. Berikan nama yang paling unik untuk Kliq anda dan paparkan di kapsyen gambar
TENTANG SAFI
Jenama SAFI di lancarkan pada tahun 1985 dengan rangkaian minyak wangi, talkum dan deodoran. Kemudian rangkaian produk SAFI diperkembangkan dengan kehadiran produk penjagaan kulit muka. Pada tahun 1999, jualan rangkaian produk SAFI melonjak apabila ia muncul dengan reka bentuk bungkusan produk yang lebih moden dan feminin.
Kini, SAFI menawarkan produk penjagaan kulit muka, ubat gigi, syampu,deodoran, talkum, seleksi produk kosmetik, penata gayaan rambut, produk penjagaan peribadi wanita dan juga produk mandian. SAFI merupakan jenama terbesar Unza (M) Sdn Bhd semenjak tahun 2005.
TENTANG SAFI BALQIS
Pertama kali dilancarkan pada Oktober 2000, SAFI BALQIS UV WHITE hadir hanya dengan enam jenis produk untuk memenuhi permintaan pengguna wanita melayu khasnya yang menginginkan kulit yang cerah berseri pada harga yang berpatutan. Hasil daripada permintaan yang amat menggalakkan pada waktu itu, SAFI BALQIS sekali lagi dilancarkan semula untuk generasi keduanya pada Mei 2004, dengan nama SAFI BALQIS UV WHITE plus Q10 – bertujuan untuk mencerah dan menganjalkan kulit dengan pertama kali memperkenalkan Duta selebriti pertama mereka iaitu Elly Mazlein.
Generasi ketiga SAFI BALQIS, SAFI BALQIS UV WHITE X2 – Untuk hasil pencerahan lebih cepat dilancarkan pada Januari 2008 dengan pelakon Dynas Mokthar sebagai duta.
November 2010, sekali lagi ia melancarkan generasi yang keempatnya SAFI BALQIS – SAFI BALQIS PERFECT 10, sekaligus meraikan sedekad kehadiran produk ini dalam pasaran dengan teraju jenama mereka Shila Amzah dimana pada tahun ini adalah tahun ketiga beliau dilantik sebagai duta SAFI BALQIS PERFECT 10.