Diam-diam ubi berisi, mungkin kata-kata ini sesuai dengan grup indie, Hujan yang khabarnya akan menerokai muzik ke Indonesia pada bulan ini dalam rangka promosi album mereka. Dengar cerita, lagu-lagu Hujan dah dapat sambutan di sana.
Sebelum terbang ke Jakarta, Hujan telah menerima dua buah kereta Myvi model terkini dan wang RM200,000 wang tunai selepas menandatangani kontrak tajaan selama setahun, hadiah bonus hasil menjadi duta indie pertama kereta Perodua selain dari M. Nasir yang juga turut menerima gelaran yang sama. Dua buah kereta diguna oleh Noh dan Am (pemain drum). [sumber]
Tahniah Noh dan grup Hujan! Moga sukses, bro! Seronok la demo… kawe nak etek.
Noh juga akan berduet dengan penyanyi jazz Atilia dalam lagu Old Love yang dicipta oleh komposer dari New Zealand, Mike Bloemendal. Lagu ini akan dimuatkan dalam album terbaru Atilia.
Dalam laptop ni banyak jugak gambar Noh dan Hujan… semua gambar diambil masa jumpa Noh kat event. Antaranya…
Noh masa hadir di sidang media Top 5 Anugerah Bintang Popular 2008. Noh tengah borak dengan otai rock kita, Amy Search.
Masa Noh hadir di pelancaran album terbaru Joe Flizzow – The President yang diadakan di Hard Rock Cafe. Terima kasih sebab sudi kasi CD Album ya.
Grup Hujan juga akan perform di Festical Music – Sunburst yang akan diadakan pada 21 Mac 2009 ini di Bukit Kiara.
Nantikan persembahan setengah jam dari Hujan di Sunburst… pasti lebat gempita!
Sentiasa berkaca mata. Dah jadi trademark Noh.
Budiey: Sabtu ini, jam 9 malam, konsert Akademi Fantasia akan diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bersebelahan dengan Stadium Putra, Bukit Jalil. Tak pernah sampai lagi dewan nih… mesti ramai fanatik AF akan membanjiri dewan.