Majlis pelancaran program Istana Budaya 2013 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Terdapat 24 pementasan utama yang bakal dipersembahkan di Istana Budaya sepanjang tahun 2013 antaranya Konsert Budi, Muzikal Upin dan Ipin, Konsert Opera Hidup 2 Kumpulan Wings serta Scooby Doo Live show.
Sebanyak 24 program berbentuk persembahan pentas merangkumi persembahan teater, muzik, dan tarian bakal menghiasi jendela 2013. Program yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 11 Januari 2013 hingga 22 Disember 2013 mempertaruhkan elemen kebudayaan pelbagai kaum menerusi seni pentas dengan memilih 24 jenis persembahan bertaraf nasional dan antarabangsa sebagai platform utama.
SONGS OF THE WANDERERS
(11 – 13 Januari 2013
Sebuah persembahan ‘Tarian Emas’ daripada Cloud Gate Dance Theatre of Taiwan yang unik dengan penggunaan padi sebagai set dalam persembahan
KONSERT KLASIKAL ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN ‘ROMANTIQUE’
(19 Januari 2013)
Konsert klasikal yang mengetengahkan simfoni-simfoni dari komposer terkenal terutamanya Rachamaninov dengan Symphony No.2 ( F minor, OP.21 dan Nikolai Rimsky-Korsakov dengan Capriccio Espagnol, Op 34. Persembahan klasikal yang pasti memberi kepuasan kepada peminat muzik klasikal.
KONSERT BUDI bersama ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA
(29 – 31 Januari 2013)
Diterajui Yazid, persembahan penuh gilang gemilang menggabungkan penyanyi terkenal tanahair bersama kumpulan Orkestra Tradisional Malaysia. Persembahan ini akan menitikberatkan elemen-elemen teknikal pentas, set dan visual yang akan menarik minat khalayak terutamanya generasi Y.
AFFINITY WITH NAN YANG
(15 – 16 Februari 2013)
Persembahan yang menampilkan ratusan pelajar dari Malaysia dan China ini akan mempersembahkan tarian dari suku kaum Melayu, India dan Cina selari dengan semangat 1 Malaysia yang menitikberatkan keharmonian antara kaum dan semangat kebangsaan. Persembahan antara kaum pasti mengukuhkan hubungan sejagat antara Malaysia dan China.
DARI NOVEL KE PENTAS
(21-28 Februari 2013)
Persembahan teater ini meneruskan slot yang mendapat sambutan hangat dari segi kebangkitan minat khalayak kepada cerita-cerita dari novel untuk diangkat ke pentas. Akan membariskan bintang-bintang handalan tanah air, pementasan ini pasti menggamit peminat-peminat novel yang akan membanjiri Istana Budaya.
KONSERT PERMATA SENI
(3 Mac 2013)
Sebuah konsert dari anak-anak Permata yang menggabungkan seni muzik, seni tari dan kumpulan koir. Persembahan warna-warni ini akan memperlihatkan kematangan anak-anak Permata Seni yang telah ditubuhkan sejak tiga tahun yang lalu.
KONSERT NUSANTARA
(13-16 Mac 2013)
Konsert akan menampilkan Hetty Koes Endang, Elly Kassim dan Endang S.Taurina yang memaparkan keindahan dan kekayaan warisan nenek moyang dalam Kepulauan Melayu dengan warna-warni serta memperlihatkan perkongsian budaya dalam rumpun melayu.
KONSERT ULANGTAHUN KE-20 ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN
(22 – 23 Mac 2013)
Sebuah konsert klasikal sempena ulangtahun ke-20 penubuhan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK). Konsert ini akan menampilkan pemuzik-pemuzik undangan dari luar negara dan akan diterajui oleh konduktor OSK Fuzer Nawi.
KUMANG
(29 – 31 Mac 2013)
Sebuah Dramatari terkenal dari suku kaum Iban mengisahkan lagenda percintaan di antara Kumang dan Keling. Program kerjasama dengan kerajaan Negeri Sarawak akan memberi pendedahan kepada khalayak mengenai etnik masyarakat Iban Sarawak.
MUZIKAL UPIN & IPIN (VERSI PFOF. GAMAT)
(12 – 21 April 2013)
Muzikal ini diadaptasi dari siri animasi terkenal di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Muzikal ini akan menampilkan artis lakon pelbagai kaum dan membawa kisah kehidupan masyarakat majmuk Malaysia yang mementingkan kehidupan yang penuh harmoni. Muzikal ini pasti akan menarik khalayak di kalangan kanak-kanak.
KONSERT WINGS OPERA HIDUP 2
(26 – 28 April 2013)
Konsert ini akan menampilkan kumpulan rock gergasi Wings akan bergabung dengan kumpulan Orkestra Simfoni Kebangsaan yang menjanjikan persembahan yang akan menggegarkan Panggung Sari Istana Budaya. Persembahan ini pasti akan menggamit peminat-peminat lagu-lagu rock terutama dengan generasi remaja.
CHOW KIT ROAD
(10 – 26 Mei 2013)
Sebuah Teater Muzikal sempena 20 tahun pemergian seniman Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad. Muzikal ini akan menggabungkan lagu-lagu popular Allahyarham dan pasti menggamit nostalgia dan keagungan muzik 80′an.
GETARAN LAGENDAKU TRIBUTE TO P.RAMLEE
(30 Mei – 2 Jun 2013)
Konsert yang akan menampilkan karya Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan dengan menampilkan teraju utama Raja Pop Malaysia Jamal Abdillah. Program ini adalah sebagai mengisi sambutan Hari Seniman.
SAUDAGAR SENI M.NASIR
(7 – 9 Jun 2013)
Konsert yang menampilkan sifu muzik tanah air Dato’ M.Nasir. Konsert ini akan menampilkan khazanah muzik hasil gubahan M.Nasir dengan menampilkan persembahan penuh gilang gemilang dan pasti dapat mencuri perhatian khalayak pencinta muzik tanah air.
TIRAI MERAH
( 17 – 24 Jun 2013)
Tirai Merah adalah sebuah cerita berlatarkan kejatuhan era Bangsawan melalui mata seorang budak kampung bernama Johar.
FESTIVAL MUZIK KL
( 1 – 2 Julai 2013)
Sebuah program yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan remaja dan telah berlangsung di Istana Budaya sejam enam tahun yang lalu. Festival ini akan menampilkan kumpulan muzik pelbagai kaum yang memperlihatkan kekayaan khazanah muzik masyarakat Malaysia.
COPPE’LIA
( 6 – 7 Julai 2013)
Sebuah persembahan ballet menceritakan kisah Dr. Coppe’lius bersama patung menarinya yang bersaiz manusia normal. Pementasan ini juga adalah bersempena Festival Kesenian Kuala Lumpur.
SCOOBY DOO LIVE SHOW
( 19 – 21 Ogos 2013)
Sebuah konsert muzikal yang akan menampilkan watak animasi yang sangat popular di seluruh dunia iaitu Scooby-Doo. Diisi dengan lagu-lagu dan tari rancak yang menampilkan ketangkasan remaja. Muzikal ini pasti dapat menarik khalayak pelbagai kaum ke Istana Budaya.
KONSERT ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAN BERSAMA BINTANG
( 30 Ogos – 1 September 2013)
Sebuah konsert daripada Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang akan menampilkan bintang terkenal tanahair. Konsert ini akan menampilkan tema patriotik mengambil sempena sambutan kemerdekaan yang ke-56.
SI PUTEH
( 6 – 8 September 2013)
Sebuah dramatari yang mengangkat naskhah cerita popular Puteri Lindungan Bulan yang sangat terkenal di Utara tanahair. Cerita ini mengisahkan puteri berdarah putih yang ditukar oleh ibu bapanya kerana terlalu kasih. Ini telah membawa kepada satu peperangan yang membawa bencana kepada rakyat jelata.
KONSERT ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA BERSAMA BINTANG
( 21 – 22 September 2013)
Sebuah konsert daripada Orkestra Tradisional Malaysia yang akan menampilkan bintang terkenal tanahair. Konsert ini akan mengangkat lagu-lagu irama Malaysia yang kaya dengan budaya dengan juga menitikberatkan elemen-elemen 1Malaysia.
TAK SEINDAH MIMPI
( 8 – 17 Oktober 2013)
Sebuah persembahan teater airmata karya penulis wanita tanahair Sharifah Abu Salem. Teater ini mengisahkan semangat jitu seorang gadis miskin dalam menghadapi kemelut hidup dengan cabaran-cabaran yang dihadapi serta perasaan hasad dengki manusia disekelilingnya. Hasil ketabahan akhirnya membawa kejayaan dalam hidup. Teater ini akan memberi inspirasi kepada remaja untuk menghadapi cabaran hidup untuk mencapai kejayaan.
XING YUN THE MUSICAL
( 29 November – 1 Disember 2013)
Pementasan ini merupakan gabungan dan kerjasama tenaga kreatif dari dua negara iaitu Malaysia dan Republik Rakyat Cina. Muzikal yang penuh dengan gubahan lagu yang merdu dan jalan cerita yang menarik pasti menarik khalayak Tiong Hua.
TEATER MUSIM CUTI SEKOLAH
( 13 – 22 Disember 2013)
Sebuah pementasan untuk mengisi slot musim cuti sekolah yang akan mengangkat naskhah adaptasi cerita rakyat antarabangsa yang sesuai dengan khalayak golongan kanak-kanak. Pementasan ini akan menitikberatkan nilai-nilai murni dalam melahirkan generasi yang akan cintakan keamanan dan perpaduan.