in ,

Jawapan Trivia: Ainul Aishah Bercinta Dengan Pemain Bass?

Jawapan kepada trivia: Beg Tangan Siapa Ni ialah AINUL AISYAH.

Antara pelakon remaja yang semakin meningkat naik, Ainul Aishah bukan hanya menyerlah di layar TV, malah menjadi tontonan di layar perak. Bermula dengan filem Nana Tanjung dan Skrip 7707 diikuti Otai dan Nana Tanjung 2, gadis manis yang lebih selesa dipanggil Ain ini semakin mengenali bidang yang cukup dicintainya sejak kecil lagi. Filem Histeria arahan James Lee telah menaikkan nama Ainul Aishah seterusnya memberi peluang untuk keluar dari kepompong pengarah Prof A Razak Mohaideen. 

Mengakui bekerja dengan James Lee amat menyeronokkan dan hanya bercakap apabila perlu, hakikatnya Ainul mengakui saat sukar untuk menambat rentak perangainya pada peringkat permulaan. Menurut Ainul, James Lee yang dikenali pada peringkat awalnya ialah seorang yang sangat pemalu.

“Dia banyak memberi nasihat dan pada mulanya memang dia tidak banyak bercakap. Dia bercakap apabila perlu saja. Tidak suka marah di set penggambaran. Dia tahu apa yang diingininya dan tidak sukar bekerja dengannya kerana daripada arahannya kita tahu apa yang diimpikannya. Pada masa sama, Liyana sendiri mengakui amat sukar untuk memahami isi hatinya dan lama kelamaan apabila sudah mula serasi, dia boleh menerima usikan kami,” kata Ainul yang mula berlakon sejak 2006 dan akan muncul dalam drama 13 episod berjudul Keliwon arahan Rashid Sibir.

Ain juga suka dengan fesyen. Cintanya pada fesyen mula terbit pada usia 17 tahun selepas merasakan dengan fesyen, seseorang boleh mengekspresi diri selain menjadi cermin kepada penampilan. Dan selaku gadis biasa, dia juga tidak terlepas daripada dunia cinta.

“Baru nak masuk dua tahun perkenalan kami. Kerana masing-masing berada dalam industri yang sama, kita tidak pernah menyekat perjalanan karier masing-masing,” katanya yang berpacaran dengan pemain bass kumpulan Couple tetapi sayangnya kini dah putus cinta berantakan di tengah jalan.

Ditanya betapa serius untuk melangkah ke jinjang pelamin, dalam nada malu kata Ainul, setiap perhubungan harus serius. Namun tidak perlu diberatkan sehingga membuat kedua-duanya tertekan. Sementelah dia juga tidak dapat membayangkan bakal menjadi isteri orang pada usia muda.

“Selepas usia 27 atau 28 tahun okeylah kot. Sudah stabil dari segi emosi dan kehidupan,” katanya ringkas.

Profila Ainul Aishah
NAMA PANGGILAN: Ain/Ainul
LAHIR: 16 April 1985
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
ADIK BERADIK: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKANN: Ijazah Creative Multimedia (Advertising), Multimedia Universiti (MMU)
PENCAPAIAN KERJAYA: Finalis Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia Ke-20
KERJAYA: Pelakon dan model
FILEM: Nana Tanjung 2, Otai, Nana Tanjung 2 dan Skrip 7707
DRAMA: Bong
IKLAN: Hotlink, Maxis, Magie, Bursa Malaysia dan iTalk TM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PESTA MALAM INDONESIA SATUKAN JIWA DUA BUAH NEGARA

PROFILE ROSLI ABU BAKAR