GLORY 4 TOKYO
ACARA TINJU HEAVYWEIGHT GRAND SLAM
ISNIN, 31 DISEMBER 2012 (7.00 MALAM WAKTU MALAYSIA)
SECARA LANGSUNG DI www.tonton.com.my/glory
LAPAN BAKAT BARU DIUMUMKAN BAGI PERTARUNGAN GLORY 4 TOKYO – PERLAWANAN HEAVYWEIGHT GRAND SLAM PADA MALAM TAHUN BARU
PERSAINGAN SENGIT ANTARA PENINJU NO.1 DUNIA SEMMY SCHILT, KO ARTIST GOKHAN SAKI & SAVAGE SAMURAI DANIEL GHITA
PEREBUTAN HADIAH UTAMA USD 400,000 PADA MALAM PERLAWANAN
Tokyo, Jepun – Glory Sports International (GSI) mengumumkan penyertaan lapan bakat baru pada acara berprestij GLORY 4 TOKYO – Heavyweight Grand Slam, menampilkan 16 peninju dengan penyingkiran untuk acara perseorangan di Saitama Super Arena pada 31 Disember ini.
Juara Heavyweight Semmy Schilt (39-6, 18 KO’s) dari Netherlands telah diumumkan sebagai bakat baru utama untuk perlawanan ini. Tanggungjawab sebagai bakat baru kedua sehingga lapan telah diberikan kepada Gokhan Saki (77-15, 53 KO’s) dari Turkey, Daniel Ghita (44-7, 34 KO’s) dari Romania, Remy ‘The Flying Gentleman’ Bonjasky (76-14, 40 KO’s) dari Netherlands, Peter ‘The Dutch Lumberjack’ Aerts (104-30-1, 78 KO’s) dari Netherlands, Errol Zimmerman dari Curacao (76-16-1, 41 KO’s), Anderson ‘Braddock’ Silva (32-8-1, 22 KO’s) dari Brazil dan Sergei Kharitonov (22-7 12 KO’s) dari Russia.
Pengerusi GLORY, Pierre Andurand berkata,
“Para peninju yang bertarung dalam perlawanan kali ini adalah yang terbaik dalam dunia sukan tinju. Penyertaan kelapan peninju ini pastinya menjadikan pertarungan ini yang paling menakjubkan dalam sejarah, dan pastinya tarikh keramat 31 Disember ini akan menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat para peminat dan penonton,” ujar Marcus Luer, Pengarah Urusan GLORY.
“Ianya merupakan penghormatan dan penghargaan buat kami yang telah diberikan tanggungjawab untuk menampilkan lapan bakat baru buat tontonan peminat di Jepun serta penonton dari seluruh dunia. Barisan peninju ini merupakan mereka yang paling hebat dan pastinya ia adalah perlawanan paling sengit dan mendebarkan dalam sejarah sukan kickboxing.”
Perlawanan GLORY 4 Tokyo – Heavyweight Grand Slam adalah sebahagian daripada penganjuran acara kemuncak ‘GSI membawakan DREAM 18 dan GLORY 4 Tokyo – Istimewa di Ambang Tahun Baru,’ yang diadakan di Saitama Super Arena.
Menurut Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital dan Pemasaran Bersepadu, Media Prima Berhad.
“Menutup tirai akhir tahun ini, kami begitu gembira menawarkan program hebat buat pelayar setia Tonton menerusi siaran langsung ‘streaming’ acara Glory 4 Tokyo. Malah, kami turut merancang untuk menawarkan lebih banyak acara dan program sukan sempena ketibaan Tahun Baru kelak. Acara kejohanan ONE Fighting juga telah mula ditawarkan di Tonton dan akan datang, siri perlawanan The Challenger Muaythai bakal diperkenalkan.”
Siaran langsung ‘streaming’ acara GLORY 4 Tokyo boleh ditonton mulai Isnin, 31 Disember 2012, bermula jam 7.00 malam ke atas secara eksklusif di www.tonton.com.my/glory. Siaran langsung ini boleh ditonton menerusi komputer, tablet dan telefon pintar (perisian Android 2.3 dan ke atas / iOS 5 dan ke atas) terhad untuk penonton di Malaysia sahaja.
Untuk mendaftar dan melayari Tonton – Portal Video No.1 di Malaysia, layari www.tonton.com.my hari ini! Pendaftaran adalah percuma.