Sinopsis Filem Laga:
[dropcap]F[/dropcap]ilem ini mengisahkan senario di sebuah kampung yang amat menggilakan permainan sabung ayam sehinggakan melibatkan bunuh-membunuh dan pertaruhan isteri. Filem Laga adalah berkisar mengenai kisah orang kampung yang kuat berjudi dengan bermain laga ayam. Wan Hanafi Su yang memegang watak Hassan Laga adalah punca segala perbalahan yang berlaku di kampung tersebut.
Hassan merupakan seorang kaki judi tegar yang gemar menghisap rokok. Kehidupannya penuh dengan gelak tawa bersama rakan judi yang lain. Dia memiliki seorang isteri yang jelita lakonan menggoda dari Marsha. Hassan ini tampak luarannya seperti ganas namun bersama isteri segalanya bertukar menjadi lembut. Terdapat beberapa babak di dalam kelambu bersama Marsha yang boleh saya katakan antara ‘trademark’ Ismail Yaakob di dalam setiap filemnya.
HASSAN LAGA dilakonkan oleh Wan Hanafi Sue mempunyai isteri yang amat cantik iaitu Marsha Londoh melakonkan watak AYU. Di atas desakan DASUKI (Nasir Bilal Khan) menyuruh Ayu menjadi taruhan kerana Dasuki pernah mengintai Ayu di rumah Hassan Laga membuatkan Hassan Laga menjadi hilang sabar atau pun mencabar kelakiannya. Tyas Mirasih melakonkan watak Maya yang baru tiba ke kampung Sabri kerana melawat makciknya.
Akhirnya SABRI (Syazwan Zulkifli) berjaya memaut hati Maya dan membawanya lari dari kampung tersebut kerana tindakan Sabri tidak sengaja membunuh Hassan Laga.
ISMAIL YAAKOB BUAT COMEBACK
[dropcap]H[/dropcap]ampir 15 tahun menyepi daripada dunia perfileman tanah air, pengarah yang terkenal menerusi filem ‘Lenjan’ ini kembali mengubati kerinduan peminat filemnya. Tampil bersama filem terbaru atau lebih tepat lagi filem keduanya, Laga, Ismail Yaacob berharap filem ini dapat menonjolkan kelainan berbanding filem sedia ada di pasaran tempatan.
Mengangkat isu ‘laga ayam’, filem membelanjakan kos sejumlah RM1.5 juta ini mempertaruhkan barisan pelakon hebat seperti Eman Manan, Nasir Bilal Khan, Rosyam Nor, Wan Hanafi Su, Ruminah Sidek dan Marsha Milan Londoh.
Menurut Ismail, Laga bukan sekadar filem biasa yang hanya menceritakan mengenai sekumpulan manusia yang obses terhadap laga ayam.
“Di sebalik filem ini saya mahu bercerita kepada umum apa yang berlaku dalam kehidupan pelaga-pelaga ayam ini. Selain suka dan duka perjalanan mereka, konflik yang melanda merupakan mesej utama mengapa isu ini diangkat ke layar perak.”
Mungkin ramai yang tidak sedar laga ayam banyak memberikan kesan kepada pelaganya.
“Adakala mereka lupa terhadap tanggungjawab sebagai suami dan ayah kerana taksub kepada permainan ini. Rumah tangga terumbang-ambing dan pelbagai perkara buruk berlaku, di sinilah kita mahu penonton membuka mata mengenai perkara ini. Meski pun ada yang menjadikan ia punca rezeki, namun yang salah tetap salah dan tidak boleh dikata betul.”
PILIH PELAKON BERKARISMA
Walaupun tidak memilih pelakon yang ada wajah komersial masa kini, kekuatan filem terbaru, Laga tetap hebat apabila bersandarkan kepada jalan cerita yang mantap serta lakonan bintang berpengalaman dan berkarisma.
Mentaliti penonton di Malaysia perlu diubah. Tak semua pelakon dipilih berdasarkan wajah yang cantik atau rupa yang kacak, segalanya berdasarkan kepada kesesuaian watak dan pelakon yang berkarisma dapat memperhebatkan karakter di layar.
[pullquote align=”right”]Siapa yang mampu menidakkan kebolehan aktor seperti Eman Manan, Zaidi Omar, Wan Hanafi Su dan Nasir Bilal Khan serta dibantu kemunculan pelakon serba boleh seperti Rosyam Nor, Marsha Londoh dan Syazwan Zulkifli. [/pullquote]
Malah syarikat produksi yang menerbitkan filem itu, Business Leader Film Sdn Bhd turut mengundang pelakon Indonesia, Tyas Mirasih bagi mewarnai filem berkenaan. Terbaek kot.
Mungkin ramai yang tak kenal dengan Tyas ni. Tyas yang berusia 25 tahun adalah pelakon sinetron dan filem serta pengacara di Indonesia. Ada sinetron lakonannya ditayangkan di sini seperti Bayu Cinta Luna yang sedang ke udara di Slot Mutiara Hati TV9, pada waktu petang.
Barangkali kerana Tyas bukanlah pemegang watak utama, maka tiada siapa yang perasan kehadirannya dalam sinetron itu. Nama wataknya dalam drama itu adalah Yulia dan barisan pelakon lain termasuklah Bunga Citra Lestari, Chico Jericho dan Fendi Chow.
Tyas kini sedang intim dengan pelakon Malaysia yang menempa nama di Indonesia iaitu Keith Foo dan peluang berlakon dalam Laga pun khabarnya disebabkan teman lelakinya itu.
Filem ini juga disokongi oleh 300 orang pelakon tambahan. Wah! Ramai tu. Kira sekampung la kan?
“Filem ini sebuah karya yang berbeza memandangkan isu yang diperjuangkan sangat unik dan menarik. Jadi pelakonnya juga perlu menepati setiap watak dan karakter yang diolah dalam filem ini. Pemilihan pelakon utama ini bagi saya amat penting dan saya yakin semua nama besar ini mampu memainkan peranan mereka dengan baik. Lagi pun, orang lama dalam industri seperti mereka perlu diberi penghargaan menerusi filem sebegini.”
Bukan mahu meraih populariti sesiapa, Ismail yakin filem Laga mempunyai kekuatan tersendiri untuk menarik perhatian penonton.
“Jika mahukan pelakon yang lebih popular, kami boleh menggunakan khidmat pelakon baru yang lebih muda dan mempunyai rupa. Namun, mereka dipilih berdasarkan kehebatan, kemampuan serta sumbangan kepada industri ini. Sekadar popular sahaja, ia tidak mencukupi kerana orang mahu melihat keberkesanan lakonan itu. Lagi pun jika di luar negara, watak pelakon berumur boleh diterima mengapa tidak di sini.”
Lebih menarik filem ini turut menggunakan khidmat pelakon yang sedang meningkat naik, Syazwan Zulkifli serta pelakon popular Indonesia, Tyas Miraseh.
TUNGGU SAMBUTAN
[dropcap]I[/dropcap]smail berharap agar filem ini mendapat sambutan daripada penonton. Dalam pada itu, filem terbitan Business Leader Film Productions ini turut mengambil latar belakang sekitar Kuala Kangsar, Perak.
“Ada beberapa tempat di sini yang masih melakukan permainan laga ayam ini, jadi ia adalah kawasan paling sesuai untuk melakukan penggambaran filem ini. Pun begitu, kami perlu bijak mendapatkan syot terbaik supaya nampak hidup dan menarik di mata penonton.”
Baginya, selain di persada seni sendiri, dia juga menginginkan filem ini pergi ke peringkat yang lebih tinggi.
“Filem ini sesuai bagi semua peringkat umur, semua orang tahu apa itu laga ayam, dan masih banyak masyarakat di Malaysia mahu pun luar mengamalkan permainan ini. Cuma ada baik dan buruknya jika berlaga ayam. Apa pun, ia satu filem yang segar dan baru untuk dipertontonkan di peringkat antarabangsa.”
Senarai pelakon filem Laga
- Wan Hanafi Su sebagai Hassan Laga
- Marsha Milan Londoh sebagai Ayu (isteri Hassan)
- Syazwan Zulkifly sebagai Sabri
- Tyas Miraseh sebagai Maya
- Nasir Bilal Khan sebagai Orang Kaya Dasuki
- Eman Manan sebagai Seman
- Ruminah Sidek sebagai Mek Yah (Nenek Maya)
- Fadhilah Mansor sebagai Mek Zainab ( Mak Sabri)
- Yus Jambu sebagai Indera
- Zaidi Omar sebagai Papa Maya
- Rosyam Nor sebagai Inspektor Jeffri
- Maimunah Ahmad (Mak Jah) sebagai Tukang Urut
- Siti Mardiyana sebagai Siti Zulaikha (isteri Dasuki)
- Along Eyzuandi sebagai Bujang (pengikut Dasuki)
- Riz Amin sebagai Nal Galah (pengikut Dasuki)
- Yang Kassim sebagai Azam Kidal (pengikut Dasuki)
Info Filem Laga :
Pengarah : Ismail Yaa’cob
Syarikat Penerbit : Business Leader Film Productions
Lokasi Penggambaran : Sekitar Kuala Kangsar, Perak