in , ,

Demam K-Pop di TONTON Sempena Sambutan Tahun Baru

Meraikan kemeriahan sambutan tahun baru yang bakal tiba, Tonton mempersembahkan empat program K-pop bermula 29 Disember 2012 sehingga 1 Januari 2013. Istimewa buat peminat K-pop, siaran khas ini bakal menampilkan persembahan hebat barisan artis serta selebriti Korea popular antarabangsa menerusi pelbagai program menarik.

Bermula jam 4 petang pada 29 Disember 2012, Tonton akan membawakan Anugerah Ikon Bergaya Mnet 2011, sebuah acara berprestij yang memberi pengiktirafan kepada bintang fesyen Korea.[

Disertai oleh ramai selebriti popular Korea, peminat berpeluang menyaksikan selebriti dan idola pilihan yang berjaya merangkul anugerah ulung ini selain persembahan hebat oleh Jay Park, Kim Hyun Joong, Girls’ Generation, IU dan Dynamic Duo.

Meneruskan kemeriahan pada hari berikutnya, peminat akan disajikan dengan persembahan hebat Anugerah Muzik Asia Mnet, atau lebih dikenali sebagai MAMA. Acara yang berlangsung di Singapura pada tahun lepas ini menampilkan barisan artis popular antaranya Super Junior, Girls’ Generation, 2NE1, Baek Ji Young, Kim Hyun Joong, BEAST, miss A, Hyuna, AZIATIX dan ramai lagi.

KPOP MARATHON

Bintang hip-hop terkenal seperti will.i.am dan apl.de.ap dari The Black Eyed Peas, Snoop Dog dan Dr. Dre turut memukau penonton dengan persembahan bertenaga mereka. Manakala Anugerah MAMA 2012 yang baru sahaja berlangsung di Hong Kong baru-baru ini turut boleh disaksikan menerusi Tonton.

Di ambang ketibaan Tahun Baru, Tonton bakal menyiarkan acara Korean Music Wave MBC 2011 bermula jam 4 petang. Artis ternama Korea akan turut diterbangkan khas ke Bangkok, Thailand untuk persembahan konsert sempena sambutan Ulangtahun ke-50 MBC. Dihoskan oleh Tiffany & Yuri dari SNSD dan Nichkhun dari kumpulan 2PM, konsert ini menampilkan persembahan hebat oleh TVXQ, Wonder Girls, 2PM, T-ara, BEAST, SNSD, Brown Eyed Girls, F.T Island, 4minute, CNBLUE, MBLAQ, 2AM serta ramai lagi.

Meraikan permulaan Tahun Baru, peminat K-pop boleh menikmati siaran khas anugerah tahunan Mnet Summer Break 20s Choice yang berlangsung di Korea Selatan. Pengiktirafan diberikan kepada bintang dan selebriti pilihan tahunan di kalangan mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an. Antara penerima anugerah di tahun 2010 ini termasuklah BEAST, 4minute, 2PM, T-ara, Jo Kwon, Kim Hyun Joong, Seo In-Young dan banyak lagi.

Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital dan Pemasaran Bersepadu, Media Prima Berhad berkata:

“Kandungan Korea begitu popular di Tonton. Justeru, kami mengambil keputusan menawarkan imbuhan istimewa buat para peminat menerusi siaran khas empat program eksklusif bagi meraikan ketibaan Tahun Baru. Selain itu, kami juga turut menyiarkan siaran langsung ‘streaming’ acara Karpet Merah MAMA 2012 baru-baru ini manakala siaran tertunda untuk acara Karpet Merah dan Anugerah turut boleh disaksikan kini di Tonton. Peminat boleh menjangkakan tawaran kandungan hiburan dan drama Korea yang lebih banyak di tahun 2013 kelak.”

– am Swee Kim

TARIKH MASA RANCANGAN

Sabtu
29 Disember 2012

4 petang 2011 Style Icon Awards
Anugerah Ikon Bergaya 2011

Ahad
30 Disember 2012 2011 Mnet Asian Music Awards
Anugerah Muzik Asia Mnet 2011

Isnin
31 Disember 2012 2011 MBC Korean Music Wave

Selasa
1 Januari 2013 2010 Mnet Summer Break 20s Choice

Untuk mendaftar dan melayari Tonton – Portal Video No. 1 di Malaysia, layari www.tonton.com.my!

Pendaftaran adalah percuma.

Untuk perkembangan terkini, ikuti Tonton menerusi Facebook di www.facebook.com/tontonMY atau Twitter di www.twitter.com/tontonMY.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Program Menarik di 8TV Sempena Tahun Baru 2013

Surviving End of The World with TGV Cinemas