“Rubi campakkan tubuhnya pada Ghaus dan bibir pun bertemu bibir. Sambil itu Rubi mematikan lampu meja. Dalam kegelapan malam yang gelita, hanya menampakkan bayang-bayang kabur mereka sedang berasmara di katil. Disambut pula bunyi-bunyi gerak rakus mereka melayan kehendak masing-masing yang makin hanyut dibuai nafsu!”
Sekali membaca petikan dialog ini imaginasi seseorang itu akan berlegar liar membayangkan keadaan perbuatan tersebut. Detik-detik keintiman sepasang kekasih yang sedang hanyut dalam dakapan mesra masing-masing. Tetapi jalinan cerita cinta mereka ini cukup berbeza kerana ini merupakan kasih mesra antara hubungan dua lelaki yang mengamal cinta homosexual. Berikut merupakan salah satu adegan yang bakal dimuatkan dalam filem Anu Dalam Botol (ADB).
PANAS… salah satu babak dari filem Anu Dalam Botol.
Minggu lalu telah berlangsungnya sesi ujibakat untuk mencari pelakon utama filem terbaru terbitan syarikat Pengedaran JAS Sdn. Bhd, Anu Dalam Botol. Sesi ujibakat itu berjaya menarik beberapa artis ternama tanah air yang mencuba nasib untuk membawa watak yang dikatakan bakal mencabar kredibiliti dan komitmen seorang pelakon itu. Sejauh mana kesanggupan pelakon tersebut memberi komitmen untuk menjayakan watak itu. Difahamkan filem tersebut akan mengetengahkan budaya hidup homosexual secara lebih terperinci. Menurut produser filem tersebut, Raja Azmi Raja Sulaiman, filem itu akan turut memaparkan beberapa adegan yang dirasakan perlu ditunjuk untuk memberi gambaran realiti sebenar kehidupan yang dilalui oleh mereka itu kepada penonton.
Adakah anda dapat kenal pasti siapa mereka?
“Adegan-adegan itu semua memang perlu ada kerana itu realiti sebenar yang sedang berlaku di negara kita sekarang. Sampai bila nak berselindung dari kebenaran. Ini adalah paparan antara gejala tidak sihat yang sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini walau dimana-mana juga. Adakah kita hanya perlu menutup sebelah mata dan menggangap bahawa mereka ini semua tidak wujud? Selama ini masyarakat kita mengeji pandang hina pada golongan ini tapi tidak pernah terfikir bagaimana ia semua bermula. Saya berharap jika filem ini lepas untuk tayangan umum kelak ia akan dapat bangkitkan kesedaran buat mereka yang menjalani kehidupan sedemikian sebelum terlambat. ” ujar Raja Azmi.
Sesi ujibakat yang diadakan di FINAS itu dijalankan oleh Adlin Aman Ramlie selaku casting director, Mohd Shadan Hashim selaku pengarah filem tersebut dan juga Sutex, penulis skrip filem itu. Mereka yang hadir ujibakat itu telah menjalani make-over secara menyeluruh. Mereka dikehendaki memakai make-up serta berapakaian lengkap seperti seorang wanita dan melakonkan babak-babak yang dipilih dari filem tersebut. Pada awalnya terdapat beberapa nama terkenal yang dijadualkan hadir untuk sesi ujibakat itu antaranya Ashraf Muslim, Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Awal Ashaari & Fizow. Tetapi pada saat-saat akhir pelakon-pelakon tersebut telah menarik diri kerana tidak dapat memberi komitmen pada watak itu. Antara mereka yang hadir untuk sesi ujibakat tersebut adalah Ady Putra, Kelvin Lau, Arja Lee, Iqram Dinzly, Kefli AF, Jesse Lim, Fauzi Nawawi dan adik Zul Huzaimy, Firdaus.
Antara mereka yang hadir.
Menurut Raja Azmi, pemilihan finalis ADB dijangkakan pada hujung bulan April dan pengambaran bagi filem tersebut bermula pada bulan Jun tahun ini.
“Mereka yang datang untuk ujibakat ini akan disenarai pendekkan. Kami akan cuba mendapatkan maklumbalas dari orang ramai untuk memilih siapa diantara yang tersenarai itu sesuai untuk membawa watak ini. Mereka yang dipilih itu kemudian akan menjalani kelas lakonan intensif bersama Adlin untuk membentuk karakter mereka sebelum penggambaran bermula.” katanya.
Raja Azmi turut memberitahu bahawa satu lagi sesi ujibakat tertutup akan diadakan minggu hadapan kerana beliau telah menerima banyak permintaan dari artis-artis lain yang ingin memikul watak itu. Antara nama yang dikatakan mungkin hadir untuk sesi ujibakat ini ialah Razali Hussain, Zul Huzaimy, Syawal AF, Ryzal, Ery Putra, Zul Yahya, Fizz Fairuz & Faizal Yusof. [kredit artikel & gambar]