CABARAN SKOR DASHING GRAND FINAL
Kemuncak Futsal Neon Pertama Malaysia!
Sports Planet, Kota Damansara ditelan kegelapan malam, hanya bersuluhkan cahaya yang datang daripada jersi berwarna neon yang disarungkan pasukan-pasukan bagi merebut gelaran juara Cabaran Skor Dashing Futsal Neon.
[pullquote align=”right”]Cabaran akhir bagi juara pasukan merebut hadiah bernilai sehingga RM20, 000.00[/pullquote]
Pencinta bola sepak serata Malaysia berkumpul untuk pengalaman baharu futsal dan mempamerkan skil serta berkongsi gemuruh sepanjang cabaran berlangsung. Selepas dijalankan di serata negara, pertandingan Futsal Neon yang pertama diwujudkan anjuran dianjurkan oleh Dashing itu bertemu penghujungnya apabila perlawanan Separuh Akhir dan Akhir dijalankan pada hari yang sama.
[dropcap]P[/dropcap]ertandingan pusingan zon yang bermula November 2012 mempertemukan pula empat juara zon yang terdiri daripada Versus 5 (B) dari Kota Damansara, Equal FC dari Kluang, ABY dari Kuala Terengganu dan Brabus UTD dari Pulau Pinang. Keempat-empat mereka berentap dalam pusingan separuh akhir dan akhir bagi penentuan juara kejohanan – Futsal Neon yang pertama kali dianjurkan di Malaysia.
Pengurus Besar Senior, Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. Ms. Christina Yong berkata:
“Dashing merupakan jenama dandanan diri lelaki yang diyakini di Malaysia. Sebagai jenama yang memahami keinginan lelaki moden, ia sentiasa tampil dengan inovasi dan menawarkan produk yang relevan serta terbaik bagi meningkatkan keyakinan mereka. Namun inovatif bukan sahaja diukur dari segi peningkatan kualiti dan cara produk dipersembahkan kepada pelanggan, tetapi ia merangkumi pengalaman yang dapat membuatkan mereka berasa dekat dengan kami. Oleh itu, Cabaran Skor Dashing Futsal Neon dilancarkan sebagai cabaran bagi lelaki yang yakin untuk menghadapi cabaran seperti Futsal Neon. Ia amat menyeronokkan dan mencabar, selari dengan prinsip yang dibawa Dashing.”
Menurut Mr. Dwaraka, Pengurus Pemasaran Dashing:
“Cabaran Skor Dashing Futsal Neon menerima sokongan yang amat memberangsangkan dan penyertaan daripada pencinta bola sepak serata Malaysia. Malah, peserta-peserta tahun ini telah mula bertanya kepada kami bilakah Musim ke-2 akan diadakan. Bagi kami, acara sebegini membantu kami berhubung dengan pelanggan dan membuka peluang kepada mereka menyertai aktiviti yang dekat dengan hati mereka. Ia turut membantu jenama ini dekat dengan pelanggan.”
Diadakan untuk pertama kali, pertandingan tersebut menawarkan hadiah bernilai sehingga RM20,000.00 kepada para pemenang. Brabus UTD berjaya menyandang gelaran juara Cabaran Skor Dashing Futsal Neon yang pertama di Malaysia.
Pasukan hebat itu membawa pulang wang tunai bernilai RM7,000.00, piala Cabaran Skor ‘Glow in the Dark’, lawatan ke pusat penyiaran sukan ESPN Singapura, tiket-tiket ke Universal Studio Singapura dan produk Dashing bernilai RM2,000.00.
Finalis dari zon Selatan, Equal FC dari Kluang memenangi gelaran naib juara dan dihadiahkan wang tunai bernilai RM2,000.00 dan produk Dashing bernilai RM1,500.00. Versus 5 (B) dan ABY, masing-masing dari Kota Damansara dan Kuala Terengganu berkongsi tempat ketiga selepas berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Cabaran Skor Dashing Futsal Neon yang pertama di Malaysia. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00 dan produk Dashing bernilai RM1,000.00.
Selain hadiah-hadiah yang diterima pada cabaran terakhir itu, kesemua empat pasukan terlebih awal telah menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM1,000.00 ketika menjuarai pertandingan di zon masing-masing.
Dua duta Dashing For Men, Remy Ishak dan Henry Golding juga membuat penampilan istimewa sebagai sokongan kepada pasukan yang bertanding dan ia merupakan peluang berharga apabila dapat menyaksikan dua personaliti ikonik itu bersama-sama menunjukkan skil futsal mereka. Menganggotai pasukan All Star Dashing, mereka bermain menentang pasukan media jemputan dan sekali gus merasakan sendiri pengalaman futsal neon.
Henry Golding, Duta Dashing For Men kata:
“Secara peribadi saya rasakan cabaran ini amat bertepatan dengan prinsip yang dibawa Dashing For Men. Ia tentang keyakinan dan keazaman, perwatakan yang sempurna dalam melambangkan jenama ini dan setiap jejaka Dashing.”
Remy Ishak kemudian menambah:
“Bagi golongan lelaki, aktiviti sebegini adalah waktu untuk bersama-sama bergembira dan menunjukkan semangat sepasukan. Cabaran ini memberi peluang kepada kami bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan malah meningkatkan keyakinan masing-masing.”