Budiey baru sahaja menerima email dari pelakon cantik manis, Diana Danielle yang menitipkan ucapan salam perpisahan… mmm… sedihnya… nak berhenti berlakon ke? Diana Danielle dah merajuk ke?
Hehe… bukan… Sebenarnya, Diana Danielle ucap selamat berpisah kerana pelakon cantik ini akan mendaftar di Kem Khidmat Negara untuk mengikuti PLKN pada 19 Mac ini.
Budiey dan pembaca semua doakan semoga Diana Danielle selamat, aman dan sihat ketika menjalani kursus. Kena sabar dan berusaha dalam kem. Mesti ramai peserta yang ingin jadi kawan awak nanti kat dalam kem tu.
Sedia untuk berkawat
SALAM DARI DANIELLE KEPADA KAKAK-KAKAK AND ABANG-ABANG SEMUA
“Danielle akan melapurkan diri ke Khidmat Negara pada 19hb March ini. Tak sabar dah ni. Jumpa lagi di bulan June ya….terima kasih kepada semua dan doakan Danielle tidak sakit dan Danielle akan berusaha untuk menjadi salah seorang pelajar yang paling cemerlang di kem itu nanti, tau.”
Best wishes,
Diana Danielle