Hahaha Nani nampak seksi, comel & kiutlah! Kawan saya nyampuk, “Seksi ke dengan kepala yang bogel cam tu? Apa-apa je lah… yang penting orang semua dah tahu dengan kelahiran filem terbaru Muallaf. Gimik yang menjadik! Hype beb!
Saya dah ramal, tindakan Sharifah Amani botak kepala bikin kontroversi satu Malaya. Tak habis-habis buat isu dan orang akan kata itu ini sampai Nani juga ditegur oleh mufti. Tapi Nani tak berani nak jawab. No komen.
Kalau lebih menjawab lagi takut memburukkan lagi keadaan macam isu di Festival Filem Malaysia 19 tahun lepas. Musibah atau bala? Cemuhan dan kejian orang luar tidak tinggal satu kesan buat Yasmin dan Nani. Inilah sebenarnya hip pertama filem Muallaf. Walaupun untuk adegan selama 2 minit dalam Muallaf, membotakkan kepada bagi Nani adalah semata-mata kerana cinta pada seni.
Demi karier sebagai pelakon dan cinta yang mendalam terhadap seni. Tampil elegan, eksotik, seksi dan bagi saya Nani lebih nampak cute dan comel bila kepala botak. Ketika hadir di Malam Gala Filem Diva pada hari Selasa lalu, Nani menjadi tumpuan ramai. Ye lah, bila lagi nak bergambar dengan Nani yang berimej baru itu.
Hah.. tu yang tengah tu, Osman Ali, pengarah Bukak Api, Malaikat di Jendela dan Puaka Tebing Biru ya… bukan Sharifah Nani… kang korang bertukar lak hahahah…