Pilih saja Konsert apa pun, di mana saja di seluruh dunia bersama Coca-Cola, “Camni-lah!”
Jika anda mampu melakukan sesuatu mengikut keinginan anda, semestinya anda akan menghargai peluang menonton konsert pilihan anda, di mana-mana saja di dunia ini; kerana itulah cara yang sepatutnya. Perkara sebegini jarang-jarang terjadi di dunia sebenar, tetapi jika ia berlaku, anda sepatutnya menjerit “Camni-lah!” (slanga rakyat Malaysia untuk Macam inilah!).
Nampaknya sekarang anda boleh melaungkan “Camni-lah!” kerana Coca-Cola bakal menghadiahkan peluang menikmati pengalaman muzik menakjubkan kepada dua rakyat Malaysia bertuah dengan semua perbelanjaan perjalanan untuk dua orang ditaja sepenuhnya ke apa-apa konsert, di mana-mana saja di dunia ini – Anda Pilih, Anda Tentukan. Anda juga mungkin berpeluang pergi ke belakang pentas dan berkenalan lebih rapat dengan penyanyi kegemaran anda.
Pengalaman sekali dalam seumur hidup ini bakal berlaku bila seorang insan bertuah menjumpai Tin Coca-Cola Menyanyi “terpilih”. Jika tin Coca-Cola itu boleh menyanyi (ia akan melagukan “Camni-lah!”, andalah pemenang hadiah utama!) sebaik saja anda membukanya, dengar dengan teliti cara bagaimana anda boleh menebus hadiah anda itu.
Tin istimewa ini, berserta seribu lebih tin yang lain, bakal dikeluarkan ke pasaran di negara ini tidak lama lagi dan sedia untuk menyanyi di saat penutupnya ditarik. Ribuan lagi hadiah menarik lain sedia untuk dimenangi seperti telefon bimbit Nokia 5800 XpressMusic ihsan daripada Nokia Malaysia, iPod Nanos (8 GB) dan iPod Shuffles (1 GB).
Tempoh promosi adalah antara 1 Mac hingga 30 April 09.
Butiran lanjut boleh didapatkan dari iklan di televisyen dan radio, material tempat jualan di kedai-kedai dan di www.coke.com.my.
Promosi hebat ini adalah hasil kerjasama empat jenama terbesar dan paling berharga di dunia: Coca-Cola, Nokia, Universal Music dan Apple.
“Hadiah-hadiah hebat yang ditawarkan ini adalah cara Coke untuk mendorong rakyat Malaysia, kami cuba terbabit dalam acara tempatan dan global yang mempunyai kesan kepada hidup mereka. Ia adalah suatu pandangan positif ke depan dan kempen “Camni-lah!” ini merupakan satu jemputan untuk menikmati hidup dengan sisi yang positif,” kata pengurus jenama Coca-Cola, Lin Jo-Yi.
Coca-Cola juga turut akan memperluaskan kempen muzik Camni-lah!” dengan antem Coca-Cola yang menampilkan lirik yang positif dan menaikkan semangat, yang memanifestasikan hidup dengan Coca-Cola Side of Life. Lagu dan video muzik pengenalan muzikalnya yang menarik bertajuk “Rentak Optimis”dilantunkan oleh Shila (The 8 Unit & Monkey Bone) dan Dafi (KRU Music), dua penyanyi Malaysia yang sedang meningkat naik dan menjadi pujaan ramai.
Lagu ini pada asalnya dikonsepsikan oleh agensi kreatif McCann Erickson – digubah oleh Adelaine Hoh, lirik ditulis oleh Tun Khalidah dan skor & terbitan original oleh Iskandar Siva. Persembahan akhir disusun semula dan diterbitkan oleh dua nama besar dalam industri muzik tempatan – Ahmad Izham Omar dan Audi Mok. Kedua-dua lagu dan video muzik “Rentak Optimis” boleh dimuat turun dari www.coke.com.my.
Video muzik “Rentak Optimis” yang menampilkan Shila dan Dafi akan diadaptasikan menjadi iklan televisyen dan bakal disiarkan di stesen-stesen TV tempatan bermula 1 Mac 2009.
Kempen Coca-Cola “Camni-lah!” dicipta khas pada tahun lalu untuk pasaran Malaysia, merangkumi budaya dan bahasa tempatan dengan mesej optimistiknya dan memandang hidup dari sudut yang positif, sejajar dengan tema jenama ini iaitu “Live on the Coke Side of Life”.
“Kempen “Camni-lah!” disasarkan untuk mendorong rakyat Malaysia kerana apabila orang merasa terdorong, mereka merasa positif dan itu memperkasa mereka untuk menghargai hidup mereka sendiri,” tambah Lin di majlis pelancaran yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.