Hanya 10 Orang Adili Anugerah Juara Lagu Ke 27
12 lagu dipilih untuk ke pentas AJL27 pada 6 Januari depan
[dropcap]R[/dropcap]amai yang super-excited dengan AJL27 kali ini sebab ramai finalisnya terdiri dari singer-songwriter. Tapi bagi Budiey apa yang bestnya AJL kali ini adalah kerana temanya EKSPRESI SENI yang colorful. Pakai simbah cat pun boleh.
[pullquote]Kali pertama Miera Liyana & Kamal Adli menggalas tugas sebagai pengacara di acara besar.[/pullquote]
Untuk info pembaca, AJL27 akan berlangsung pada 6 Januari 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil pukul 9 malam. Nampaknya, dah lama Budiey tak pergi ke Stadium Putra Bukit Jalil sebab lokasi ni dikatakan baru sahaja siap menjalani pembaik-pulih. Nak tengok juga, apa yang baru kat sana. Oh ya, pada bulan Februari tahun depan pula, ada konsert mega Anuar Zain, juga dibuat di Stadium Putra Bukit Jalil. Mmm… excited!
AJL27 bertemakan Ekspresi Seni dan masih lagi mengekalkan pengacara AJL lepas iaitu Faizal Ismail (FBI) dan Cheryl Samad.
Acara karpet merah AJL27 menampilkan dua selebriti muda berbakat iaitu Miera Liyana dan Kamal Adli yang akan bermula pukul 7.30 malam. Ini adalah kali pertama pelakon Miera Liyana diberi tugas untuk menjadi hos karpet merah dan sama-sama kita saksikan kebolehan kedua pelakon ini.
Pada jam 4 petang semalam, telah berlangsung Sidang Media Anugerah Juara Lagu Ke-27 di Hotel Empire Subang di mana finalis telah diberi peluang untuk mencabut giliran untuk persembahan mereka.
[pullquote align=”right”]Juri yang dilantik dikatakan telah sibuk dan kesuntukan masa untuk mengadili AJL27[/pullquote]
Apa yang telah dihighlightkan sekarang ini adalah bilangan juri untuk AJL27 kali ini telah dikurangkan kepada 10 orang berbanding 22 orang pada tahun lalu.
Penerbitnya, Muhamad Sufian Che Isa berkata, pihaknya melakukan tindakan itu kerana kebanyakan juri yang ditawarkan untuk mengadili karya termasuk lagu dan lirik bagi acara berkenaan terlalu sibuk dengan kerja seni masing-masing.
“Walaupun pihak kami hanya memperoleh 10 orang juri sahaja, namun proses memilih karya terbaik tidak terjejas kerana ia diadili oleh golongan yang benar-benar berkemahiran.
“Saya percaya, menerusi AJL pada kali ini semua pihak termasuklah pihak produksi, media dan penonton akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat nanti.”
Tambah Sufian, pihaknya akan mengubah sedikit konsep pengadilannya di mana AJL27 mungkin bakal diadili oleh penggiat seni profesional luar negara iaitu di Singapura dan Indonesia.
Dalam pada itu, dia juga akan memastikan, pemilihan juri tidak mempunyai kaitan dengan finalis anugerah tersebut.
“Sejak kebelakangan ini kami sudah mula menitikberatkan tentang pemilihan juri di mana mereka akan dipastikan tidak ada sebarang kaitan dengan 12 finalis yang dipilih. Malah pihak kami telah membuat beberapa kajian mengenai setiap juri sebelum melantik mereka mengadili karya pada AJL tahun ini.”
AJL27 bakal menyaksikan 12 buah lagu yang akan berentap seperti Idola nyanyian Azlan & The Typewriter, Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Anak Kampung (Jimmy Palikat & One Nation Emcees), Terukir Di Bintang (Yuna), Tanpamu (Amir Jahari) dan Ombak Rindu (Hafiz & Adira).
Enam lagu lagi yang turut terpilih adalah Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black & RJ), Ku Akui (Hafiz), Simetri (Hazama & Amy Search) dan Andaiku Bercinta Lagi (Mojo).
Budiey nak ucapkan good luck dan selamat maju jaya buat semua finalis. Dengarnya, sekarang ni mereka dah mulai buat persiapan untuk corak persembahan dan gimik di pentas AJL27 nanti.