in

Konsert KLFM Alive Bakal Gegarkan Dataran Remaja, Kompleks Negara Bukit Jalil

KONSERT KLFM ALIVE PADA 7 MAC 2009 (SABTU), JAM 4.00 PETANG DI DATARAN REMAJA, KOMPLEKS NEGARA BUKIT JALIL YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG MENERUSI KLFM

Sebagai stesen radio yang kian menginjak usia 36 tahun pada 5 November ini, KLfm terus mengorak langkah menyediakan pelbagai progam terbaik termasuklah acara radio di lokasi.

Justeru 7 Mac 2009 ini, KLfm kembali menggegarkan Dataran Remaja, Kompleks Sukan Negara dengan  Konsert  KLfm Alive jam 4.00 petang yang disiarkan secara langsung menerusi KLfm. Konsert ini membariskan ramai artis terkenal tanahair seperti  Kumpulan Meet Uncle Hussein, Adam, Azharina Azhar, 6ixth Sense, Ezlynn, Flava serta tidak ketinggalan, penyanyi veteran tersohor, Dato’ M. Daud Kilau serta Abon dan persembahan shuffle.

Pengawal KLFM – Puan Fee Lin Chew

Menurut Pengawal KLfm, Puan Fee Lin Chew sewaktu ditemubual ketika berlangsungnya sidang media 25 Februari lalu, konsert yang mengetengahkan konsep terbuka, Konsert KLfm Alive ini diharap mampu menarik seberapa ramai pendengar yang datang untuk menyaksikannya secara percuma, selain berpeluang untuk bertemu barisan penyampai KLfm dengan lebih dekat.

Lebih istimewa, Prelude Konsert KLfm Alive akan bemula seawal jam 3.15 petang bakal mengetengahkan artis-artis yang baru mengukir nama dalam arena seni suara sepeti Zawazi yang popular dengan lagu Di Setiap Nafasku, Dalila, Zouffi, serta Zamani yang kembali muncul dengan single terbaharu, Aku Ingin Berkata.

Tambahnya,  ini bukanlah kali pertama KLfm menganjurkan konsert. Beberapa siri konsert KLFM Jamm telah diadakan sebelum ini, namun Konsert KLfm Alive merupakan konsert pertama bagi tahun ini. Konsert ini diterbitkan oleh Nor ‘Ain Muftarahruddin @ Dj Aeinrain.

Bagi sesetengah pihak mungkin agak janggal mengadakan konsert sebegini disebelah siang, namun bagi KLfm ia adalah strategi yang disusun bagi mendapatkan pendengar baharu, dalam masa yang sama Dataran Remaja turut meriah saban minggu dengan pengunjung sedia ada di kalangan remaja yang menyertai pelbagai aktiviti anjuran Kompleks Sukan Negara saban minggu.

Aktiviti radio di lokasi KLfm ini bertujuan untuk mempromosikan KLfm di kalangan wargakota selain sebagai penghargaan untuk Sahabat KLfm yang kini telah melebihi 123,000 orang!

Penerbit Konsert

Pengawal bersama Deejay KL FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Marsha Milan Londoh di Premiere Sayang You Can Dance

Menang RM1 juta Dalam Jangan Lupa Lirik Musim Kedua