UpdatedL Tiket untuk Hallyu sekarang dijual dengan harga RM199 satu tiket.
Wow, akhirnya! Setelah macam-macam spekulasi dan teka-teki tersebar sejak tiga minggu lalu, akhirnya telah pun disahkan pada hari ini.
[dropcap]Y[/dropcap]a, secara rasminya, event tahunan Golden Disk Award (GDA) akan berlangsung di Malaysia selama 2 hari. Macam tak percaya, Malaysia menjadi tuan rumah pada anugerah ini memandangkan tahun ini anugerah ini diadakan di Osaka, Jepun.
[pullquote align=”right”]Serius? Bolehkah anda bayangkan anugerah berprestij ini berlangsung di Malaysia? Macam tak percaya je![/pullquote]
[dropcap]S[/dropcap]atu majlis sidang media pengumuman anugerah yang setaraf dengan Anugerah Grammy ini telah diadakan pada pagi tadi. Bersempena dengan Samsung Galaxy selaku penaja utama, anugerah ini dinamakan [highlight]Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards in Kuala Lumpur[/highlight].
Menerbangkan lebih 20 buah kumpulan Pop Korea untuk buat persembahan ini bakal memukau peminat serata Asia di [highlight]Litar Antarabangsa Sepang[/highlight] pada 15 dan 16 Januari 2013.
Pengarah Editor Hiburan Ilgan Sports, Kim Sora,
“Berdasarkan sambutan hangat konsert Bigbang lalu juga fenomena K-Pop yang melanda Malaysia kini, kami membuat keputusan untuk memilih Malaysia untuk merealisasikan anugerah ini. Malaysia merupakan negara kedua selepas GDA diadakan di Jepun, tahun lalu.”
Sementara mengulas lanjut mengenai pemilihan venue, Pengarah Mediaartncomm Co. Ltd, Min Yoonki berkata,
“Pemilihan litar antarabangsa Sepang (SIC) sebagai venue pula adalah disebabkan sebelum ini sudah banyak acara dan konsert KPop diadakan di ibu kota Kuala Lumpur, jadi kami yakin SIC tempat yang paling sesuai dan pasti dapat menghimpunkan ramai pengunjung.”
Jadi, kepada penggemar muzik KPop sekalian, namakan saja siapa yang anda mahu saksikan! BigBang, Super Junior, Girls’ Generation -TTS, BEAST, 2NE1, KARA, PSY, 4 Minute, Epik High, T-ara, CNBlue, FT Island, Infinite, B.A.P, EXO, Beast, 4 Minute, Sistar, Secret, B1A4, Busker Busker, Miss A, Shinee, K-Will, Ailee dan MBlaq – ini antara barisan artis yang akan membuat persembahan dan menerima anugerah pada malam yang dinanti-nantikan ini.
Excited? Budiey percaya ramai yang tengah melopong tak percaya dan… argggghhh!
[pullquote]Dimulakan pada tahun 1986, penghargaan melalui Golden Disk Awards merupakan satu taraf yang didambakan oleh penggiat muzik Korea.[/pullquote]
[dropcap]T[/dropcap]he Golden Disk Awards (GDA) is the most prestigious Korean Pop Awards in South Korea where the most popular Korean pop music from the past year are selected and celebrated. The GDA contributes to the music and the digital downloads industry while bolstering the creativity of pop music and finding talented artists.
Anugerah ini akan dibahagikan kepada 2 klasifikasi iaitu Album dan Lagu yang terdiri daripada kategori Utama iaitu Disk Album, Disk Album of The Year. Manakala kategori Utama untuk Lagu ialah The Song of The Year, The Most Popular K-POP Star, MSN Southeast Asia Award, MSN International Award, New Rising K-Pop Star Award, Best Hip Hop Award, Single Album of The Year.
[pullquote] The biggest K-Pop event in Malaysia as more than twenty groups of world-famous K-Pop artistes will perform on the stage![/pullquote]
- January 15th, 2013 (Tue) 19:30~22:30 Album
- January 16th, 2013 (Wed) 19:30~22:30 Digital Music
Harga tiket-tiket seperti berikut:
Samsung Galaxy Zone: RM898 (early bird), RM999
Rockpit : RM620 (early bird), RM688
Maklumat lanjut layari [email protected] atau talian hotline 03-78807999 atau www.goldendiskawards.asia.
Melihat pada harga tiketnya, sangat mahal, adakah peminat K-Pop mampu untuk beli tiket? Korang mampu ke? Mahal sangat kan? Komen sikit?
Super Junior
FT Island
Kara
Psy
SNSD Girls Generation
BEAST
2NE1
Epik High
Leessang
4-Minute