in

Review Harris Resort Kuta Beach Bali

Bersantai di Pantai di Harris Resort Kuta Beach, Bali!

[dropcap]A[/dropcap]nda terfikir untuk melancong dan tiga perkara terlintas di fikiran anda – lokasi, kemudahan dan Pantai Kuta, Bali. Ada satu jawapan untuk ketiga-tiga perkara ini.; Harris Resort Kuta Beach, Bali.

Lokasinya yang strategik merupakan pilihan tepat untuk mana-mana pelancong yang inginkan kemudahan dan keselesaan ketika melancong di Pantai Kuta, Bali. Mula dibuka pada Mei 2004, resort ini terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.

Review Harris Resort Kuta Beach Bali

Ia juga berhampiran pusat beli-belah yang baru dibuka di Pantai Kuta dikenali sebagai Beach Walk Mall. Menariknya pusat beli-belah ini ianya dihubungkan dengan resort ini dan hanya mengambil masa 3 minit sahaja berjalan kaki dan anda boleh menikmati pelbagai pilihan makanan, kedai-kedai pakaian berjenama serta kedai-kedai cenderahati yang ditawarkan di Beach Walk Mall.

[pullquote align=”right”]Resort ini harus menjadi pilihan adalah kerana kemudahan yang disediakan.[/pullquote]

Oleh kerana lokasinya yang terletak di pusat Pantai Kuta Bali, anda tidak perlu terlalu memikirkan tentang kemudahan pengangkutan kerana semuanya berada di sekitar hotel ini. Hanya 20 minit berjalan kaki ke Legian dan Pasar Seni Kuta (Kuta Art Market) dan mengambil masa hanya 10 minit dengan kenderaan untuk ke Mall Bali Galeria dan Pantai Seminyak.

Walaupun berada di pusat Pantai Kuta, lokasi Harris Kuta Beach Resort tetap menawarkan keselesaan dan kedamaian kepada para pengunjungnya dari suasana hiruk pikuk kawasan tersebut.

Faktor kedua mengapa resort ini harus menjadi pilihan adalah kerana kemudahan yang disediakan.Resort bertaraf empat bintang yang bertemakan simple modern atau konsep minimalist ini mempunyai 191 bilik penginapan yang dilengkapi dengan kabel TV, WIFI percuma, kolam renang dewasa dan kanak-kanak serta aktiviti untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Dino Kid’s Club. Sekiranya anda ingin meluangkan masa bersama pasangan anda, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak juga disediakan di resort ini.

Setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti di Pantai Kuta Bali, anda boleh manjakan diri anda ke spa yang disediakan oleh resort ini dikenali sebagai H’Spa.

Pelbagai rawatan spa disediakan antaranya Balinese Massage, rawatan kuku tangan dan kaki, refleksologi dan sebagainya.

Anda juga boleh menyertai aktiviti senaman yoga secara percuma setiap pagi untuk para penginap atau sekadar berjalan di sekitar taman kehijauan yang terletak di dalam resort ini. Resort ini bukan sekadar memberikan kemudahan untuk para pengunjung bersantai dan berlibur ia juga menyediakan lima buah bilik mesyuarat/seminar yang mampu memuatkan 300 tetamu. Pendek kata, segala kemudahan yang diinginkan ditawarkan di resort ini.

Faktor yang ketiga – Pantai Kuta, Bali. Tempat yang terkenal ini tidak perlukan sebarang pengenalan mahupun penerangan. Hampir semua pelancong pasti mahu mengunjungi pantai ini. Yang utama, penginap resort ini hanya perlu berjalan kaki 5 minit sahaja dari resort ke Pantai Kuta.

Sekiranya ketiga-tiga faktor ini menjadi keutamaan bagi anda untuk bercuti iaitu lokasi, kemudahan dan Pantai Kuta maka hanya satu perkara sahaja yang perlu anda lakukan. Hubungi Harris Resort Pantai Kuta, Bali dan buat tempahan anda.

Review Harris Resort Kuta Beach Bali

Review Harris Resort Kuta Beach Bali

Review Harris Resort Kuta Beach Bali

Review Harris Resort Kuta Beach Bali

Review Harris Resort Kuta Beach Bali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Norton Internet Safety Travel

Coca Cola Derma RM50Ribu Untuk Bekalan Air Bersih