Pasha Ungu Halang Isteri Menyanyi Kerana Terlalu Cemburu
Lagu duet Pasha (Ungu) bersama isterinya [highlight]Adelia Wilhelmina[/highlight] yang berjudul[highlight] Penghujung Cintaku [/highlight]mendapat sambutan hangat daripada para peminat.
Meskipun lagu itu sebetulnya hanya sebagai hadiah Pasha untuk Adelia sewaktu di hari pernikahan mereka pada Mac tahun lalu. Impaknya ramai yang meminta agar pasangan suami isteri ini terus merakamkan lagu duet yang seterusnya.
[dropcap]S[/dropcap]ementelah vokalis kumpulan terkenal Indonesia, Ungu ni berkata dia sebenarnya sudah pun merakamkan satu lagu baru bersama isterinya itu. Tetapi lagu tersebut belum direlease kerana dia perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak syarikat rakaman iaitu Trinity Optima Production.
[pullquote align=”right”]Sempena promosi album Timeless, pada 29 dan 30 November ini Ungu akan mengadakan siri jelajah dan showcase di Kota Kinabalu juga di Kuching pada 1 dan 2 Disember.[/pullquote]
Pasha memberitahu dia sejak lagu Penghujung Cintaku popular, Adelia sudah mempunyai peminat sendiri. Bagaimanapun dia tidak akan membenarkan isterinya menyanyi secara solo kerana mengakui dirinya seorang yang cemburu.
“Ya, dia (Adelia) sudah punya peminat sendiri sekarang. Tapi, dia jangan jadi penyanyi lah. Kalau mahu nyanyi, dia hanya boleh nyanyi dengan aku. Tentunya aku cemburu (gelak). Tapi sebetulnya aku tak mahu dia menyanyi kerana nanti tentu dia akan sibuk. Jadi kalau aku sibuk, dia sibuk, bagaimana dengan anak-anak dan keluarga.”
Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsudin Said ditemui pada majlis pelancaran album khas Timeless bertempat di Hard Rock KL Rabu lalu.
Bercerita tentang kehidupan, secara ringkas Pasha memberitahu dia cukup bahagia bersama isteri, anak lelakinya berusia 11 bulan serta 3 anaknya hasil perkahwinannya dengan Okie Agustina sebelum ini.
“Syukur, bahagia. Tanggal 22 Disember ini, anak kami genap usia setahun. Aku cadang nak bawa Adelia bersama ke sini, tapi anak-anak sekolah. Jadi dia tak dapat ikut sama.”
Sewaktu di majlis pelancaran tersebut, penyanyi yang kelihatan sudah sedikit berisi ni turut menerima kejutan, sekalian yang ada meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-33 (jatuh pada 27 November).
“Ini pertama kali aku sambut hari jadi di luar Indonesia. Tapi sebenarnya aku tidak pernah raikan apa-apa setiap kali tiba ulang tahun kelahiran.”
Ditanya apakah hadiah yang diterima daripada Adelia, jawab Pasha,
“Doa. Aku juga berdoa agar dipanjangkan umur, murah rezeki, sihat sentiasa. Nanti balik Indonesia bikin anak lagi (gelak). Aku mahu enam orang anak.”
Sementara beralih tentang album, mewakili anggota band lain Pasha menjelaskan buat tangan kali ini di release atas permintaan peminat yang mana mereka mahu lagu-lagu Ungu yang menjadi kegemaran mereka dimuatkan dalam satu album.
“Kita sengaja tidak memberi label album terbaik kerana Ungu ingin mempersembahkan karya-karya terbaik kami yang tidak dibatasi oleh waktu. Dan pada masa akan atang, kami tetap ingin memberikan karya-karya terbaik kami dan tidak berhenti sampai disini saja.”
Album Timeless membawa kita menyusuri kenangan melalui lagu-lagu Ungu seperti Hampa Hatiku, Demi Waktu, Percaya Padaku, Kekasih Gelapku, Dirimu Satu, Karena Dia Kamu, Laguku, Cinta Dalam Hati, Berikan Aku Cinta, dan Tercipta Untukku (versi akustik). Ditambah 4 lagu baru iaitu Kau Anggap Apa, Puing Kenangan, Apa Sih Maumu serta Sayang sebagai taruhan single terbaru.
Sempena promosi album Timeless, pada 29 dan 30 November ini Ungu akan mengadakan siri jelajah dan showcase di Kota Kinabalu juga di Kuching pada 1 dan 2 Disember. Dalam perkembangan lain, Ungu juga dalam proses menyiapkan album baru dan dijangka akan dilancarkan tahun depan.
“Kami teruja mahu menghiburkan peminat-peminat di Kota Kinabalu dan Kuching. Ini juga pertama kali Ungu ke sana. Harap ramai peminat yang akan datang menyaksikan showcase kami dan sambutannya meriah”, katanya mengakhiri perbualan.