Semalam (24 Februari 2009) jam 3 petang, telah berlangsung satu sidang media pengumuman Celcom sebagai penaja Sunburst KL International Music Festival 2009 di III Lounge, Heritage Row, Kuala Lumpur.
Untuk info pembaca, Sunburst KL International Music Festival 2009 anjuran Pineapple Concerts adalah festival muzik tahunan one day event yang menggabungkan penyanyi dan grup antarabangsa dan tempatan. Bakal diadakan di Bukit Kiara Equestrian club pada 21 Mac 2009 selama 12 jam berturut-turut dengan 6 buah pentas, muzik tanpa henti dari jam 2 petang hingga 2 pagi.
Kali ini menampilkan penyanyi antarabangsa seperti rock band tersohor dari Amerika – KORN, penyanyi dan penulis lagu R&B – Erykah Badu, grup R&B dan soul – Naturally Seven dan penyanyi British – Skye iaitu vokalis band Morcheeba.
Selain itu, Sunburst akan digegarkan juga dengan grup hip hop – NERD dan juga artis tempatan seperti Butterfinggers, Estranged, Meet Uncle Hussein, Hujan, Joe Flizzoe, Bunkface, Estrella, Juwita Suwito, Arabyrd dan ramai lagi.
Turut diumumkan juga bahawa Konsert Rihanna tidak dibatalkan tetapi ditangguhkan.
Celcom sebagai penaja turut memberikan tawaran istimewa bagi pelanggannya mendapatkan tiket. Pelanggan Celcom hanya perlu membeli sekeping tiket dalam harga penuh dan dapat sekeping lagi dengan PERCUMA! Untuk dapatkan tawaran ini, anda hanya perlu mendaftar secara SMS dengan menaip REGSUNBURST dan hantarkan ke 28881.
Selepas menerima SMS pengesahan, pelanggan perlu reload minimum RM50 untuk mendapatkan mobile voucher. Kemudian boleh redeem voucher tersebut di mana-mana kaunter Axcess Tickets. Tawaran sah dari 27 Februari hingga 20 Mac 2009.
Budiey: Teringin nak tengok Erykah Badu secara LIVE… dan juga, Budiey tertanya-tanya… adakah tragedi Sunburst 2008 akan berulang?