Sekalipun jauh di Melbourne, Australia, angin gosip membabitkan pelakon cantik, Ummi Nazeera tetap bertiup ke tanah airnya, Malaysia.
[dropcap]T[/dropcap]ambahan pelakon hitam manis itu juga bagai terbuka memperkenalkan cinta barunya kepada umum. Mengapa tidak, banyak gambar yang memaparkan dirinya bersama jejaka kacak berkepala botak dimuat naik ke laman sosial.
Difahamkan Ummi dan jejaka berusia 26 tahun itu berkenalan sewaktu pelakon ini berada dalam tahun pertama pengajian di Royal Melbourne Institue of Technology (RMIT).
Gambar Kekasih Ummi Nazeera Teman Satu Universiti
[pullquote align=”right”]Lelaki itu adalah seniornya dan sudah pun menamatkan pengajian. Sekarang lelaki itu berada di Malaysia dan sehingga kini mereka masih berhubung.[/pullquote]
Lantaran itu, timbul desas desus mengatakan gadis manis ini sudah bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan bersama kekasih hatinya itu. Malah khabar angin turut mendakwa pasangan ini sudah merangka tarikh pernikahan awal tahun depan.
Namun bercakap kepada Berita Harian, Ummi menafikan tentang perkara (kahwin) tersebut. Tutur gadis berusia 22 tahun ini, dia tidak menolak jika ada jodoh dan takdir dia dengan jejaka tersebut.
[dropcap]N[/dropcap]amun buat masa ini Ummi belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri. Sebaliknya perkara yang menjadi keutamaannya saat ini adalah memastikan pengajian yang masih berbaki setahun lagi dihabiskan sebelum memikirkan soal hidup berdua.
Ummi pulang ke Malaysia baru-baru ini untuk bercuti semester.
Pelakon yang pernah membintangi drama bersiri Nur Kasih dan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini satu ketika dulu pernah menjalin cinta dengan aktor kacak Remy Ishak namun hubungan mereka tidak berpanjangan.