KUTIPAN AMAL ARTIS & SELEBRITI TABUNG AMAN PALESTIN
Ungkapan kata-kata “Selamatkan Gaza, Bebaskan Gaza”, sedih melihat keperitan penduduk Gaza Palestin sering kita dengar. Tapi apakah hanya dengan kata-kata sahaja kita dapat membantu penduduk Gaza yang saban hari kehilangan nyawa dan tercedera.
Telah ramai anak-anak yang terkorban dan menjadi yatim piatu. Tangisan dan rintihan mereka seolah-olah telah manjadi perkara biasa kita baca dan dengar melalui akhbar dan berita TV.
Namun sebagai bangsa yang berdaulat dan sebagai saudara sesama Islam, adakah kita hanya sekadar berkata-kata, bersimpati dan berpeluk tubuh sahaja.
Mungkin kita tidak mampu untuk turut berjuang di medan pertempuran di Gaza Palestin. Namun perjuangan dan jihad di dalam Islam bukanlah hanya tertumpu pada peperangan sahaja.
Petikan dari Hadis Nabi S.A.W
Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang hal ehwal saudara Islam yang lain (pentingkan diri), maka dia bukanlah di kalangan kami.
Oleh yang demikian, Usrah Fitrah telah mencapai kata sepakat untuk turut sama menyertai Badan Aman Palestin berusaha mengumpulkan dana sebanyak mungkin untuk membantu rakyat Palestin yang teraniaya dan ditindas.
Usrah Fitrah yang dianggotai oleh para artis yg telah pun berhijrah dan menuju penghijrahan, bergabung tenaga, mengorban masa untuk sama-sama turun padang melakukan aktiviti kutipan tabung amal untuk membantu rakyat Palestin.
Pada petang yang damai 21hb November 2012 lalu, merupakan hari permulaan bagi para artis dan selebriti yang ikhlas dan ingin berjihad turut serta mengumpul dana untuk tabung aman Palestin yang akan dilakukan secara terbuka di tempat awam terbuka.
Tanpa rasa malu dan melupakan seketika populariti yang ada, mereka bergabung tenaga membawa tabung yang dibekalkan oleh badan aman Palestin untuk mengutip sumbagan dari rakyat Malaysia yang berada di sekitar kawasan Pavilion KL dan Bukit Bintang.
Selain berjihad dan ingin melakukan kerja amal untuk bekalan akhirat di samping memupuk rasa kasih sayang sesama insan. Para artis dan selebriti yang terlibat pada hari ini juga mempunyai matlamat ingin membawa kesedaran dan mengajak golongan jutawan dan hartawan serta ahli perniagaan yang berkedudukan tinggi untuk turut serta berjihad membantu, menyumbang wang ringgit dan tenaga ke jalan Allah.
“PERUMPAMAAN (DERMA) ORANG –ORANG YANG MEMBELANJAKAN HARTANYA PADA JALAN ALLAH, IALAH SAMA SEPERTI SEBIJI BENIH YANG TUMBUH MENERBITKAN TUJUH TANGKAI, TIAP – TIAP TANGKAI ITU PULA MENGANDUNGI SERATUS BIJI. DAN (INGATLAH) ALLAH AKAN MELIPAT GANDAKAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKI NYA, DAN ALLAH MAHA LUAS (RAHMAT) KURNIA NYA LAGI MELIPUTI ILMU PENGETAHUAN NYA’’ (surah Al- Baqarah ayat 261)
Acara jelajah kutipan Tabung Aman Palestin ini akan berterusan dibeberapa buah lokasi lain di sekitar Kuala Lumpur yang akan dimaklumkan kelak. Selain perancangan Kutipan di tempat awam yang terbuka, Usrah Fitrah dengan kerjasama Badan Aman Palestin akan turut mengadakan aktiviti Solat Hajat Perdana dan Solat Hajat selepas waktu jumaat di beberapa buah masjid.
[pullquote align=”right”]Seperti Masjid Negeri Shah Alam, Masjid Wilayah, Masjid Asy – Syakirin KLCC, Masjid Saidina Abu Bakar As – Siddiq Bangsar dan Masjid Muadz B Jabal Setiawangsa.[/pullquote]
Sembahyang Hajat Perdana akan diadakan di dua lokasi Masjid yang berbeza. Selain mengalu-alukan penyertaan para artis dan penggiat seni menyertai Solat Hajat Perdana dan Solat Hajat selepas Jumaat, kami amat mengalu alukan semua masyarakat islam khususnya di sekitar Kuala Lumpur untuk turut serta. Di samping bersolat hajat untuk memohon keamanan bumi Palestin dan kemakmuran kita bersama, kutipan tabung aman Palestin juga akan di adakan di lokasi – lokasi masjid tersebut yang akan dikendalikan oleh para artis sendiri.
Kami amat amat berharap orang ramai dapat sama-sama menghulurkan sumbangan seikhlas mungkin bagi membantu rakyat Palestin yang menderita. Kerana Ringgit anda boleh menyelamatkan dan meringankan beban mereka. Mudah-mudahan sumbangan ini akan mendapat ganjaran daripada Allah. Segala kutipan yang dikumpul akan disalurkan terus melalui Badan Aman Palestin yang ditubuhkan oleh kerajaan.
Antara barisan artis dan selebriti yang terlibat dan memberi sokongan ialah Irma Hasmi, Yatt Hmazah, Heliza Helmi, Siti Nordiana, Diana Amir, Noryn Aziz, Salima (AF), Zoey Rahman, Iqram Dinzly, Anding AF, Ainul Aisyah, Ayu Damit, En Amin Idris (TV AL- Hijrah / Pengerusi Usrah Fitrah) dan ramai lagi.
1. Laman web rasmi : www.usrahfitrah.com
2. Facebook / Instagram : Usrah Fitah
3. Twitter : @usrahfitrah
SUMBANGAN JUGA BOLEH DISALURKAN MELALUI :
ATAS NAMA – AMAN PALESTIN BERHAD
– BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (NO.AKAUN – 1202 90100 47880)
– MAYBANK MALAYSIA BERHAD (NO.AKAUN – 5622 6301 0787)
SUMBANGAN MELALUI SMS :
Taip PALESTIN 10 (Jika Nilai RM 10)
CONTOH : PALESTIN 10 dan hantarkan ke 39111
Laman web rasmi – www.amanpalestin.net