in

Koleksi Gambar Teman Tapi Mesra Azizah Mahzan & Zaefrul Nordin

Gambar ini diambil di Langkawi itu ketika menjalani pengambaran drama rantaian Spa Q 2. Budiey tidak terkejut melihat gambar-gambar dua orang pelakon Spa Q. Mungkin kerana mereka dah rapat dan selalu digandingkan dalam drama-drama menjadikan hubungan mereka bertambah intim tanpa melanggar batasan. Gambar sebegini akan memberi pelbagai respon dan tanggapan orang ramai. Ini padahnya bila meletakkan gambar semesra ini di Facebook. Rasanya, Zaefrul kan dah kahwin dan ada 3 orang anak, bini dia tak cemburu ke?

Kita ikuti penjelasan dari Zaefrul? Komen sikit?

“Saya baru melihat gambar-gambar itu semalam selepas diberitahu oleh isteri saya. Itupun selepas kawannya memberikan gambar itu kepada isteri saya. Pada Khamis lepas, Kak Zi (Azizah Mahzan) ada memberitahu kepada saya tentang hal itu. Tetapi, saya fikir mungkin orang lain termasuk pihak media tidak akan bercerita lebih-lebih tentang gambar itu. Jadi, apabila melihat gambar itu, saya tak marah tetapi hanya tergelak kerana saya dan Kak Zi adalah ‘family friends’.  Saya tidak kisah kerana dia ibarat kakak saya. Demi Allah, hubungan kami tidak lebih daripada itu. Lagipun, isteri saya juga mengetahui tentang hubungan saya dan Kak Zi iaitu hanya berkawan baik seperti kakak dan adik. Isteri saya memahami dan saya jelaskan kepadanya supaya tidak risau kerana kami hanya berkawan rapat dan anggap Kak Zi seperti kakak saya,”

Tidak rasa bersalah ke atau melanggar batasan sebab mungkin orang ramai akan bagi gambaran buruk kepada anda?

“Kami pun salah juga kerana lainlah kalau dia mahram saya. Tetapi, memang Kak Zi jenis yang mesra dengan semua orang begitu juga apabila bergambar. Maksudnya, dia bukan sahaja beraksi mesra dengan saya malah juga dengan orang lain yang rapat dengannya. Disebabkan saya menganggapnya sebagai kakak, jadi saya terlupa tentang batasan. Namun, batasan itu tetap ada di dalam industri ini di mana tidak semua orang saya mudah mesra seperti itu. Lainlah kalau saya bergambar seperti itu dengan artis yang lebih muda, mesti nampak tidak manis.”

Ada sekeping gambar tu, ada botol minuman keras, boleh kasi penjelasan?

“Bagaimana saya ‘minum’, sedangkan ramai lagi orang lain di situ. Kalau saya nak minum, takkan saya minum depan orang ramai seperti itu. Mungkin orang lain tidak tahu bagaimana keadaan sebenar kami di sana. Memang ramai yang mengambil gambar saya dan Kak Zi di mana saya bukan sahaja bergambar dengannya tetapi juga dengan orang lain. Tetapi saya tak faham kenapa orang tumpukan kepada gambar saya dan dia. Lagipun, gambar itu diambil oleh artis lain dan penolong pengarah drama Spa Q. Kebetulan, di dalam drama itu, saya melakonkan watak suami kepada Kak Zi. Mungkin sebab itu ia menjadi hangat.”

Dah lama kenal Azizah Mahzan?

“Saya kenal Kak Zi dah lama iaitu sebelum saya berlakon lagi. Dia yang banyak memberi dorongan untuk saya berlakon. Kami bukan sahaja berurusan semasa kerja, malah saya sekeluarga juga pernah keluar makan malam bersama Kak Zi dan anak-anaknya. Isteri saya pun rapat dengannya. Isteri saya tahu dengan siapa saya berkawan dan dia menyokong setiap perkara yang saya lakukan,”

Apa respon keluarga?

“Asalkan saya dan isteri tahu gosip mengatakan saya dan Kak Zi mempunyai hubungan intim adalah tidak benar, itu sudah mencukupi. Jadi, saya harap orang lain yang menerima gambar yang disebarkan itu memahami apa yang saya perjelaskan ini,”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maiden’s Vow Lakonan Charmaine Sheh, Sammual Chan Kin Fung

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Tahlil Arwah Bapanya