in , ,

Asmidar Nafi Buat Suntikan Pada Wajah, Belajar Solek Sendiri

Dari segi kerjaya, juara program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama ini boleh dikata murah rezeki.

Setelah hampir 11 bulan bergelar artis, penyanyi Asmidar berkata banyak perubahan yang dialami dan pengalaman baru yang dilalui.

[dropcap]A[/dropcap]ntara yang membanggakan apabila baru-baru ini dia diberi peluang mengadakan persembahan di depan Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isteri, Catherine atau Kate Middleton pada majlis santapan diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur sempena lawatan pasangan Diraja England itu ke Malaysia.

Sementelah lagu nyanyiannya, Biar Sampai ke Bintang kian menjadi siulan ramai. Malah lagu ciptaan hasil ciptaan Ajai dan lirik oleh Transformers Melayu tersenarai dalam senarai pendek pertandingan Muzik-Muzik dan sama ada lagu itu akan ke Anugerah Juara Lagu atau tidak, keputusannya akan diketahui semalam ini. Malangnya, lagu ini tidak berjaya untuk layak ke final Anugerah Juara Lagu 27.

Asmidar

Sementara kalau dilihat dari segi penampilan pula, gadis berusia 26 tahun ini kelihatan semakin cantik berseri. Ada dakwaan mengatakan dia meyuntik wajahnya untuk kelihatan lebih cantik.

“Sebagai seorang yang datang dari program yang mempertaruhkan bakat bukan rupa tidak bermakna saya boleh mengabaikan penampilan saya. Saya akui tekanannya tetap ada. Saya hanya mahu nampak presentable setiap kali tampil di khalayak.

“Tapi saya tak suntik wajah atau ambil apa-apa pil. Mungkin sebab saya dah jumpa produk yang sesuai. Saya dah pakai sebulan lebih produk ni. Lagipun saya nak hidup dengan sihat. Saya hanya amalkan pemakanan juga gaya hidup yang sihat. Saya jogging untuk tingkatkan stamina, seminggu dalam empat kali. Kadang-kadang tu saya kalau sibuk sangat, saya hanya buat senaman di rumah dengan tengok video senaman di YouTube. Saya ada juga amalkan diet iaitu mengurangkan pengambilan nasi sejak Julai lalu”, katanya.

Selain penjagaan wajah dan badan, Asmidar juga memberitahu dia kini dalam proses belajar berfesyen. Bertuah, kerana penyanyi ini merupakan anak saudara kepada jurusolek profesional, Tia Zainal. Lantas sedikit sebanyak Asmidar mengambil peluang belajar cara-cara menyolek dan berfesyen dengan bapa saudaranya itu.

“Saya mengaku dulu saya tak pandai bergaya. Kalau keluar ke mana-mana tu, saya tak kisah sangat soal penampilan.

“Tapi sekarang saya belajar sikit-sikit. Saya banyak belajar make-up daripada bapa saudara saya, Tia Zainal. Saya banyak juga dapat nasihat daripada pihak label saya iaitu Warner Music tentang imej dan fesyen. cara pemakaian saya bergantung juga pada apa majlis atau tempat yang saya nak hadiri tu”, ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Asmidar sedang dalam proses rakaman lagu untuk album sulungnya. Album berkonsepkan Pop itu dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Asmidar
Asmidar
Asmidar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Pemenang Anugerah Planet Muzik 2012

Gambar Selebriti di Anugerah Shout! Awards Dari Lensa BungaStudio