Baju busana labuh berona kuning ini direka oleh pereka Hatta Dolmat. Dihiasi dengan manik-manik permata besar berwarna-warni diletak secara rawak di bahagian dada dan pinggang busana ini.
[pullquote align=”right”]Walaupun Shout! Awards kali ini bertemakan Steampunk, namun Yuna tetap mahu anggun dan elegan dengan busana labuh ini.[/pullquote]
Tahniah buat Yuna yang berjaya mempertahankan gelaran yang diterimanya pada tahun 2010 iaitu sebagai Penyanyi Pop Negara menerusi anugerah Popstar Award sekaligus mengenepikan penyanyi terkenal tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Aizat, Hafiz, Jaclyn Victor dan Najwa Mahiaddin.
Satu pencapaian yang masih menuntut kesetiaan pengundi untuk menyokongnya pada tahun akan datang.
[dropcap]Y[/dropcap]una juga menjadi penyampai untuk menyerahkan anugerah terbesar iaitu The Ultimate Shout! Award yang pernah dimenanginya pada tahun 2010 kepada trio adik-beradik, KRU. Sekaligus Norman, Yusry dan Edry membuktikan mereka masih hebat selepas 20 tahun bertapak dalam industri apabila membawa pulang anugerah tersebut di malam kemuncak anugerah berprestij, Shout! Awards 2012.
Manakala dua anugerah yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu anugerah yang mengiktiraf bakat kreatif melalui media sosial menerusi medium Twitter, Instagram ataupun Facebook telah menotakan Yuna sebagai Wired Celebrity.
Gambar Yuna di Anugerah Shout! Awards 2012