in ,

FIlem PONTIANAK VS ORANG MINYAK Yang Giler Komedi

KEGILAAN KARYA AFDLIN SHAUKI DITERUSKAN DALAM FILEM KOMEDI SERAM – PONTIANAK VS ORANG MINYAK.

[dropcap]S[/dropcap]etelah kejayaan Afdlin ‘menggilakan’ karya komedinya menerusi filem ‘Berani Punya Budak’ pada April 2012, kini beliau semakin ‘menggilakan’ karya seterusnya untuk penggemar filem komedi tempatan apabila julung kalinya tampil dengan versi komedi seram pula.

Memilih dua jenis hantu yang paling popular di kalangan masyarakat melayu sebagai subjek utama sekaligus meletakkan sebagai judul filem beliau yang ke 12 ini, Pontianak VS Orang Minyak dijangka dapat mencipta satu lagi fenomena komedi luar biasa yang diharapkan oleh penonton.

FINAL POSTER PRINTING

Afdlin juga bijak memilih penyandang utama watak Pontianak dan Orang Minyak itu sendiri apabila menggabungkan dua pelakon komedi yang hebat membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Johan Raja Lawak dan Nabil. Keserasian mereka berdua dalam lakonan filem tidak perlu digusarkan lagi kerana umumnya mengetahui kemampuan mereka berdua dalam menyampaikan elemen lawak kepada penonton.

Filem yang mengambil masa penggambaran selama 32 hari ini telah menggunakan set latar khas yang dibina di Kemensah sebagai sebuah perkampungan dalam filem ini. Selain itu, penggambaran turut dilakukan di sekitar Ulu Langat dan juga Gua Damai di Batu Caves sebagai set penempatan orang minyak. Elemen solekan juga dititikberatkan oleh Afdlin bagi menampakkan wajah semula jadi Pontianak dan orang minyak.

Latex yang ditempah khas dari luar negara diperuntukkan selama 2 jam untuk hasil solekan yang memuaskan bagi setiap Pontianak manakala setiap orang minyak telah dicat dan disemburkan dengan cecair yang juga ditempah khas bagi menjamin keselesaan kulit para pelakon terlibat.

Filem ‘Pontianak VS Orang Minyak’ ini memaparkan perjalanan 2 orang pemuda (Johan & Nabil) yang terjebak dalam dunia halus setelah masing-masing kecewa dengan haluan hidup mereka. Ponti (Nabil) dilantik menjadi Pontianak lelaki manakala Omi (Johan) pula menyerahkan diri untuk dilatih sebagai orang minyak.

Mereka berdua akhirnya dihantar oleh ketua masing-masing ke Kampung Puaka yang didiami oleh golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat untuk diuji ilmu-ilmu yang telah mereka pelajari semasa proses latihan.

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Namun, Ponti dan Omi telah jatuh cinta kepada anak-anak gadis sunti Saodah yang baru berpindah ke kampung tersebut, iaitu, Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur.

[pullquote align=”right”]Jadi ini telah memaksa kedua-dua mereka berpakat untuk menukar strategi di mana Ponti akan mengacau kekasih Omi dan Omi pula akan mengganggu kekasih Ponti.[/pullquote]

Di masa yang sama, Kampung Puaka juga telah mengalami perebutan kuasa antara ketua kampungnya Pak Rejab dan adik iparnya, Sudiro. Sudiro telah mengkhianati kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian sulit di antara Ratu Pontianak dan ketua orang minyak. Maka berlakulah kekecohan yang amat hebat di Kampung Puaka apabila hantu-hantu Pontianak dan orang minyak mula dapat memasuki kampung tersebut. Nantikan apa yang bakal dilakukan oleh Ponti dan Omi!

Selain dibintangi oleh tunggak-tunggak hebat yang lain seperti Sharifah Shahira, Khir Rahman, Sharifah Amani, Adibah Nor, Harun Salim Bachik, Fizz Fairuz dan penampilan khas Noh Hujan, Dr. Azizan, Vanidah Imran, Dira Abu Zahar dan ramai lagi, Afdlin turut membawa masuk 2 muka baru yang memegang watak yang tidak kurang pentingnya, Isma Hanum dan Nur Atirah sebagai anak-anak kepada watak Saodah yang didukung oleh Adibah Nor.

[dropcap]W[/dropcap]alaupun filem ini sarat dengan komedi yang menggila, terdapat pelbagai aksi yang merbahaya turut dilakukan seperti adegan terbang, pertempuran dan lompat melompat dan itu dilakukan hampir keseluruhan secara sendiri oleh Nabil dan Johan. Lagu tema juga memang tidak dapat dipisahkan dengan setiap filem arahan Afdlin dan kali ini lagu yang dicipta oleh Pacai dinyanyikan sendiri oleh Afdlin, Nabil dan Johan.

Apa yang menariknya mengenai filem ini ialah suntingan pertamanya berdurasi selama 4 jam setengah. Jadi di sini kita dapat melihat bagaimana Afdlin bertungkus lumus dengan idea kreatif dan gila-gilanya untuk menjadikan filem ini berdurasi seperti filem normal yang lain. Memang agak mencabar apabila terpaksa berdepan dengan babak-babak yang harus dipilih untuk mengimbangi plot penceritaan dengan elemen komedi yang mahu ditayangkan kepada penonton.

Sejauh mana ‘kegilaan’ Afdlin kali ini? Semuanya dalam ‘Pontianak VS Orang Minyak’ yang bakal ditayangkan secara umum pada 22 November 2012.

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Sinopsis Filem Pontianak VS Orang Minyak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Perahu Kertas

Ulasan Filem Perahu Kertas