Budiey nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat pelakon filem Maut, Que Haidar dan guru tari Linda Jasmine kerana selamat diijabkabulkan semalam di Bora Ombak pada jam 5.45 petang.
Berlangsung serba ringkas tanpa hantaran seperti kebanyakan pasangan pengantin. Hari kekasih semestinya amat bermakna buat mana-mana pasangan bercinta terutamanya bagi pasangan pengantin baru Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30 dan Linda Jasmine Hashim, 37 yang diijabkabulkan semalam.
Dengan dua kali lafaz Que telah sah dinikahkan dengan linda oleh jurunikah masjid Kampung Melayu Ampang, Abu Sapian Jasin berwalikan bapa Linda, Datuk Murad Hashim di Bora Ombak di sini kira-kira pukul 5.45 petang semalam.
“Saya gembira dan akan berusaha membahagiakan isteri sehingga ke akhir hayat. Alhamdulillah walaupun agak gementar ketika akad nikah, semua perancangan berjalan lancar,” katanya.
Que memberikan hantaran berupa mas kahwin sebanyak RM1101, sebentuk cincin dan senaskah al-Quran kepada Linda.
Sementara linda cantik seperti ‘ratu’ dalam busana putih rekaan Datin Sharifah Kirana membalas dengan sebentuk cincin. Que juga segak berbaju Melayu bewarna sedondon dengan pengantin perempuan yang direka oleh pereka yang sama.
Antara mereka yang hadir adalah ibu bapa Linda, Datuk Murad Hashim dan Datin Kay Hashim, ibu Que, Rahmah Hussein, Ketua Biro (Utara) Star Publications (M) Bhd yang juga bapa saudara Linda, Datuk Seri Kamal Hashim, sepupu Linda merangkap perunding perkahwinan, penyanyi Jeslina Hashim, rakan artis seperti pelakon Awal Ashaari dan Shasha Bashir.
Pada malam disusuli majlis persandingan ala Bali, juga di lokasi sama dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat pasangan pengantin baru itu, termasuk beberapa rakan artis. Majlis menyambut menantu di pihak lelaki pula berlangsung di Dewan Orang Ramai Felda Taib Andak, Kulai 15 Mac ini. Sementara itu, Linda berterima kasih kepada rakan terutama pereka fesyen dan perancangan perkahwinan kerana menjayakan majlis impiannya.
QUE dinikahkan oleh jurunikah Abu Sapian Jasin di Bora Ombak, Ampang.
Mungkin Que berdebar-debar atau neves, dengan dua kali lafaz, Que-Linda sah bergelar suami isteri.
QUE memberikan hantaran berupa mas kahwin sebanyak RM1101, sebentuk cincin dan senaskah al-Quran kepada Linda.
RESTU SUAMI… Linda mencium tangan suaminya selepas selamat dinikahkan petang tadi.
LINDA menyarungkan cincin hantaran darinya ke jari Que.
SAAT BAHAGIA… Kedua-dua pasangan ini sempat memberikan pose menarik untuk jurugambar yang membuat liputan majlis pernikahan mereka
RATU HATI… Que memberi kucupan sayang kepada isterinya, koreografer Linda Jasmine.
Pucatnya muka Linda. Ada kata takde seri, kenapa lak ni? Ni dah cantik dah ni. BAGAIKAN RATU… Linda kelihatan anggun dalam busana serba putih rekaan Datin Sharifah Kirana
Saat terindah, menyarungkan cincin ke jari Linda. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke hujung hayat. Kredit: Mstaronline
Budiey: Tak sabar nak tamatkan zaman bujang… macam lambat je nak tunggu bulan Jun tiba.